Arsenal menandatangani bintang Man City, Gabriel Jesus dalam perpindahan £45 juta ketika The Gunners memperolehi No.9 baharu mereka.
Mikel Arteta sememangnya terdesak untuk membawa masuk sekurang-kurangnya seorang penyerang baharu pada jendela perpindahan musim panas ini dan dia kini telah pun berjaya mendapatkan pemain yang diidamkannya.
Dengan kehadiran pemain Amerika Selatan berusia 25 tahun itu, sudah pasti peminat dan penyokong Arsenal berharap dia mampu mengembalikan kekuasaan The Gunners.
Bagaimanapun kedatangan pemain itu yang memiliki kejuaraan Liga Perdana sebanyak empat kali dan 56 penampilan antarabangsa atas namanya tidak murah, ini kerana Arsenal terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak £45 juta untuk mendapatkan tandatangan Jesus.
Jesus, seorang pemain yang terbukti dalam liga utama Inggeris telah menyerahkan masa depannya untuk jangka masa yang lama kepada Arsenal, apabila dia menandatangani perjanjian untuk tempoh lima tahun dan itu akan menyaksikan The Gunners memilikinya sehingga ke musim panas 2027.
Tiada lagi rahsia bahawa Jesus diberikan jersi dengan No.9 di Arsenal.
Nombor itu dikosongkan setelah Alexandre Lacazette meninggalkan Emirates dan kembali ke pangkuan kelab lamanya, Lyon sebagai ejen bebas awal musim panas ini.
Jesus sebelum ini juga memakai No.9 sepanjang tiga musim terakhirnya di City, jadi itu pastinya tidak membebankan dirinya dan sepatutnya berasa seperti di rumah sendiri.
Dengan itu juga, dia mengikuti jejak langkah pemain The Gunners sebelum ini (yang pernah menyarung jersi No.9) seperti Lukas Podolski, Jose Antonio Reyes dan Nicolas Anelka dalam mengisi peranan itu di Utara London.
Pengarah Teknikal Arsenal, Edu memberitahu laman sesawang rasmi kelab: "Kami gembira kerana kami telah melengkapkan perpindahan Gabriel.
"Semua orang yang tahu mengenai bolasepak, tahu apa yang mampu Gabriel Jesus berikan.
"Gabriel adalah pemain yang kami kagumi sejak sekian lama.
"Dia berusia 25 tahun dan pemain antarabangsa Brazil yang mantap yang secara konsisten menunjukkan bahawa dia adalah pemain pada tahap yang sangat tinggi.
"Kami tidak sabar-sabar untuk melihatnya menyertai pasukannya bersama rakan sepasukan baharu menjelang musim baharu.
"Kami semua mengalu-alukan Gabriel ke Arsenal."
Arteta gembira kerana mendapat pemain yang diinginkannya. |
Arteta menambah: "Saya sangat teruja.
"Kelab ini telah melakukan tugas yang besar untuk merekrut pemain sebegini.
"Saya mengenali Gabriel secara peribadi dengan baik dan kita semua mengenalinya dengan baik dari zamannya dalam Liga Perdana dan benar-benar berjaya di sini.
"Ini adalah kedudukan yang berada dalam radar kami sejak sekian lama dan kami telah berjaya mendapatkan pemain yang kami semua inginkan, jadi saya sangat gembira."
Selepas kehilangan Pierre-Emerick Aubameyang yang menyertai Barcelona dalam perpindahan penuh kontroversi pada jendela Januari, Arsenal sejak itu mula mencari penggantinya.
Perkara itu bertambah mendesak apabila Alexandre Lacazette mengikutinya keluar dari Stadium Emirates sebagai ejen bebas musim panas ini, ketika dia menjejaki semula langkahnya ke Lyon.
Arsenal telah bekerja keras untuk mendapatkan Eddie Nketiah terikat dengan kontrak baharu, selepas melihat perjanjiannya sebelum ini tamat, tetapi persaingan dan penggiliran diperlukan di sepertiga akhir padang.
Jesus gembira bertemu semula dengan Arteta dan akan bekerjasama dengannya. |
Jesus akan menyediakannya untuk The Gunners dan akan bersatu semula dengan Arteta, yang pernah bekerja dengannya sebelum ini di Man City.
Pastinya pemain No.9 baharu The Gunners itu juga ingin membaiki resume nya, yang sudah memiliki 58 gol Liga Perdana Inggeris dan 19 untuk negaranya.
Malah Jesus juga tidak sabar untuk beraksi bersama Arsenal dan rakan sepasukan baharunya dengan berjanji akan memberikan kenangan indah kepada peminat dan penyokong The Gunners.