Dybala sedang menilai pilihan yang ada.

Pemain sedang menilai pilihan untuk menyertai Man United, pasukan yang dikendalikan oleh Ten Hag dan Arsenal, yang hanya memperhatikan situasi pemain.

Ahad lalu, kami membawa laporan daripada FcInterNews, yang mendakwa Manchester United dan Arsenal telah menghubungi ejen Paulo Dybala untuk memahami situasinya.

Setelah meninggalkan Juventus, penyerang itu kini menjadi ejen bebas dan masih belum menyertai kelab baharu. 

Inter Milan telah dinamakan sebagai destinasi berpotensi seterusnya, tetapi mereka belum mengambil sebarang langkah untuk menandatanganinya setakat ini.

Menurut Sky Italia, pasukan Serie A itu telah meletakkan pemain berusia 28 tahun itu dalam senarai bersedia - standby. 

Oleh itu, Dybala kini sedang menilai peluang lain dan itu termasuklah dari England di mana Manchester United dinamakan, tetapi tidak pula mereka menyebut mengenai Arsenal.

Laporan itu mencadangkan Red Devils hanya akan bertindak untuk menandatangani pemain antarabangsa Argentina itu sekiranya Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu.

Kisah mengenai minat Manchester United dan Arsenal yang memantau bekas pemain Palermo itu turut dibincangkan di negaranya oleh TyC Sports.

Dilaporkan bahawa, kedua-dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu memantau perkembangan situasi pemain itu.

TyC turut menjelaskan di mana pasukan Erik ten Hag itu dalam keadaan siap siaga untuk menandatangani Dybala, namun bergantung kepada perkembangan situasi Ronaldo, yang dikatakan mahu meninggalkan Old Trafford.

Arsenal, sementara itu, telah menguatkan jentera serangan mereka dengan melengkapkan pembelian Gabriel Jesus pada hari Isnin daripada Manchester City.

Kedua-dua kelab Inggeris ini juga ketika ini dikatakan sedang bersaing dalam menandatangani pemain pertahanan Ajax, Lisandro Martinez.

Post a Comment

Previous Post Next Post