Leeds bakal melengkapkan perjanjian untuk perpindahan bintang mereka dengan yuran €60 juta akan dibayar dalam tiga peringkat.
Barcelona dan Leeds United hampir melengkapkan perjanjian untuk perpindahan Raphinha, menurut dakwaan terbaru dari Sepanyol.
Wartawan Gerard Romero mendakwa pasukan Camp Nou berjaya mengumpul sekitar €60 juta dan jumlah itu nampaknya sudah memadai dan mencukupi untuk mengambil bintang Elland Road itu.
Seperti yang dilaporkan secara meluas selama beberapa minggu, Raphinha sudah pun mempunyai perjanjian lisan dengan Barcelona.
Malah laporan terbaru itu turut mengatakan bahawa mereka mencapai persetujuan untuk gaji bernilai €6 juta bersih setiap musim.
Rancangan perpindahan Raphinha nampaknya membuahkan hasil. |
Menurut laporan itu lagi, pihak Catalan akan membayar perpindahan itu dalam tiga ansuran dan itu adalah sesuatu yang telah dipersetujui oleh Leeds.
Gerard Romero menambah bahawa dalam beberapa hari kebelakangan ini, Newcastle United juga membuat pendekatan untuk menandatangani, tetapi itu ditolak oleh pemain Brazil tersebut.
Dia mendakwa tawaran The Magpies adalah besar dan telah diterima oleh The Whites malam tadi, tetapi dengan pemain itu sendiri menolaknya, tidak banyak yang boleh dilakukan pihak Elland Road.
🤝 Barça y Leeds, apunto de cerrar el acuerdo por Raphinha. El Barça ofrece cifra alrededor de 60M 💶
— Gerard Romero (@gerardromero) July 1, 2022
👉🏻 Barça y Raphinha han acordado un sueldo de 6M netos por temporada.
❌ En los últimos días, el jugador rechazó una oferta del Newcastle https://t.co/hb5hhK87OW pic.twitter.com/L4uVRrQto8
Laporan sebelum ini juga mendakwa Raphinha telah menangguhkan keputusan mengenai tawaran Chelsea supaya ejennya Deco dapat meyakinkan Barcelona untuk berusaha mendapatkannya, dan nampaknya, rancangannya berjaya dan berjalan dengan baik.