Satu masuk, satu keluar.

Arsenal telah merancang untuk menandatangani pemain baharu sekiranya pemain sedia ada meninggalkan Stadium Emirates.

The Gunners sedang mempertimbangkan perpindahan untuk Maxence Lacroix dari VfL Wolfsburg jika William Saliba meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Demikian menurut Media Foot, yang menjelaskan The Gunners belum tentu dapat mengekalkan pemain Perancis itu di Emirates.

Saliba mempamerkan aksi yang mengagumkan sepanjang tempoh pinjamannya bersama Marseille musim lalu.

Itu telah meyakinkan pasukan Ligue 1 kerana mereka kini terdesak untuk menandatanganinya semula.

Saliba adalah sasaran keutamaan mereka untuk mengukuhkan pertahanan dan perkara itu perlu dilakukan mereka dengan segera pada musim panas ini.

Arsenal, sebelum itu melabur €30 juta untuk mendapatkan khidmatnya daripada Saint-Étienne pada 2019 dan mencari sekurang-kurangnya jumlah yang sama untuk bek tengah itu, yang masih belum membuat penampilan bersama The Gunners.

The Gunners mengambil kira semua pilihan, termasuk kemungkinan berpisah dengan Saliba. 

Walaupun sebelum ini Mikel Arteta pernah mengatakan bahawa dia mahu menggunakan khidmat pemain berusia 21 tahun itu musim depan, namun difahamkan kelab juga bersedia mendengar tawaran untuknya.

Oleh itu, Arsenal mempunyai idea untuk menandatangani Lacroix bagi menggantikan Saliba. 

Pemain Wolfsburg itu, dengan kontrak akan berakhir pada 2025, turut diminati oleh West Ham United.

Post a Comment

Previous Post Next Post