Kelab Sepanyol masih jauh untuk bersetuju dengan perjanjian bagi menandatangani pemain tengah Arsenal walaupun ejen telah berusaha.
Lucas Torreira telah kembali ke Arsenal selepas menamatkan tempoh pinjaman yang mengagumkan sepanjang musim lalu bersama Fiorentina .
Dia kini telah dimasukkan ke dalam skuad pramusim Mikel Arteta yang berlepas ke Amerika Syarikat baru-baru ini.
Namun masa depan pemain tengah itu mungkin berada jauh dari Utara London.
Pada hari Khamis, ejennya telah mendedahkan tentang perjanjian yang dia ada dengan Valencia untuk Torreira.
Kini, Super Deporte pula mendakwa jalan untuk menandatangani pemain Arsenal itu lebih terbuka berbanding sebelum ini untuk Los Ches (Valencia).
Itu bagaimanapun tidak bermakna dia akan tiba di sana, tetapi pemain berusia 26 tahun itu adalah sasaran keutamaan mereka untuk bahagian tengah musim panas ini.
Walaupun tampil cemerlang bersama Fiorentina musim lalu, namun Torreira telah 'di kencing' La Viola yang dikatakan mahu membuat perpindahan pinjamannya menjadi kekal. |
Walaupun terdapat perjanjian antara pasukan La Liga dan Torreira, perjanjian adalah disifatkan jauh dari sesuatu yang dekat dengan The Gunners.
Pada dasarnya, pemain antarabangsa Uruguay itu akan meninggalkan Emirates namun, Valencia mendapati sukar untuk membelinya.
Tetapi niat mereka adalah untuk membuka pintu halangan dalam berunding dengan pihak Arteta dan cuba bersetuju dengan perjanjian yang boleh memuaskan semua pihak.
Kelab Sepanyol mempunyai keperluan untuk menjual terlebih dahulu, yang merupakan keutamaan mereka sebelum membawa masuk muka baharu ke kelab dan ia adalah sesuatu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu di Mestalla.
Valencia merancang untuk meyakinkan Arsenal untuk menandatangani Torreira, tetapi walaupun mereka berjaya, mereka hanya akan dapat mendaratkan pemain Amerika Selatan itu sebaik sahaja mereka menyelesaikan operasi keluar (penjualan).
Ini adalah rancangan mereka untuk membawa Torreira keluar dari Stadium Emirates.
Sebelum ini, rancangan perpindahan Torreira ke Itali menemui kegagalan setelah Fiorentina enggan mengaktifkan klausa pembelian walaupun sangat berminat untuk menandatanganinya secara kekal.
Malah La Viola turut meminta diskaun daripada Arsenal untuk membelinya, walaupun terdapat persetujuan awal mengenai harga Torreira dalam perjanjian pinjamannya.
Kini, dengan Valencia turut mengalami kekangan kewangan yang sama sebagaimana dihadapi Fiorentina, nasib Torreira masih samar.
Dia ditendang ke sana ke sini, namun masih belum menjumpai rumah baharunya.
Arteta membawa Torreira bersamanya ke US dalam persiapan Arsenal menjelang saingan musim baharu. |