Tom Hardy cipta kejutan, menang pingat emas kejohanan Jiu-Jitsu Brazil.

Pelakon Tom Hardy membuat penampilan mengejut di kejohanan seni mempertahankan diri.

Resume Tom Hardy dipenuhi dengan adegan intensiti tinggi, membuat penampilan dalam filem Batman sebagai Bane, menjadi hos untuk simbiot Venom dan memainkan peranan utama dalam filem pasca apokaliptik "Mad Max: Fury Road."

Bintang blockbuster yang membuat debut filemnya bersama Black Hawk Down pada 2001, kini boleh menambah juara seni mempertahankan diri ke dalam resumenya.

Pelakon Inggeris berusia 45 tahun itu memenangi emas pada Kejohanan Terbuka Jiu-Jitsu Brazil UMAC 2022 pada hari Sabtu, selepas secara senyap-senyap memasuki pertandingan itu, kata penganjur kepada CNN.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Instagramnya yang disahkan minggu ini, Hardy berkata: "Latihan ringkas, bagi saya (sebagai hobi dan minat mendalam) pada asasnya adalah kunci untuk mengembangkan lagi ketahanan dalaman, ketenangan dan kesejahteraan yang lebih mendalam.

"Sukar bagi saya untuk menjelaskan kepentingan dan kesannya terhadap hidup saya dan rakan-rakan sepasukan saya."

Hardy juga berkata adalah satu penghormatan untuk mewakili sebuah organisasi amal (NGO) REORG, yang bekerjasama dengan veteran, tentera yang masih aktif, responden pertama untuk menggunakan Jiu-Jitsu Brazil dan latihan kecergasan sebagai satu bentuk terapi.

Walaupun penonton dan pesaing lain terkejut apabila Hardy hadir di dewan sekolah di Milton Keynes, England, penganjur berkata dia hanya "menepati janjinya."

Mohamed Itoumaine, pengadil dan jurucakap penganjur kejohanan, Ultimate Martial Arts Championships, memberitahu CNN pada hari Rabu bahawa Hardy telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu berikutan penampilan ringkas dan tidak menonjol di Kejohanan Jiu-Jitsu Terbuka REORG bulan lepas. 

Itoumaine juga merupakan pengadil pada kejohanan sebelum itu di Wolverhampton.

“Saya sangat teruja dan kagum kerana dia memberitahu saya di kejohanan bahawa 'Saya akan datang ke pertandingan anda seterusnya' dan dia menepati janjinya,” kata Itoumaine

"Amat sukar untuk mendapatkan individu terkenal menyertai pertandingan tempatan kerana jadual mereka yang sangat padat.”

Itoumaine berkata UMAC memastikan kehadiran bintang Hollywood itu tanpa disedari bagi mengelak dan menambah sebarang tekanan ke atas Hardy menjelang pertandingan.

Dan apabila Hardy tiba, dia memastikan perkara itu berlaku (kehadiran tanpa disedari). 

Itoumaine berkata Hardy mendominasi bahagiannya dan mara melepasi peringkat seterusnya sebelum membawa pulang hadiah utama.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan Hardy yang menjuarai kejohanan itu sedang memegang sijilnya dengan tertea nama sebenarnya "Edward Hardy."

Edward Thomas Hardy

"[Hardy] ialah tali pinggang biru yang sah.

"Saya mempunyai lebih 10 tahun pengalaman sebagai pengadil dan selepas pertama kali saya melihatnya bertanding di kejohanan REORG, saya tahu dia akan berjaya pada pertandingan saya,” kata Itoumaine.

"Ia memerlukan dedikasi dan kerja keras untuk mencapai tahap itu. 

"Dia mahir dari segi teknikal, fizikal dan mental. 

"Dia adalah seseorang yang mahukan kemenangan dengan cara yang terbaik, yang membuatkan lawannya tunduk dan mengalah."

Itoumaine, pemegang tali pinggang hitam tahap dua dalam Jiu-Jitsu Brazil berkata, beliau merancang untuk mengadakan lebih banyak pertandingan tahun depan dan berharap bintang itu akan menyertai kejohanan selanjutnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post