"Lebih bagus daripada apa yang saya fikirkan" – Pengarah Sukan Lyon akui dia memandang rendah terhadap pemain tengah yang ‘menggerunkan’ di Arsenal setelah mempunyai sedikit keraguan terhadapnya.
Kembali ke tahun 2020, Arsenal dilaporkan berminat terhadap Houssem Aouar dan dikatakan begitu hampir untuk menandatanganinya.
BACA: Arsenal lakukan tawaran kepada Lyon untuk Aouar.
Tetapi perkara tersebut bagaimanapun tidak berlaku kerana pendedahan yang dibuat Juninho telah merungkaikan apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.
Juninho Pernambucano, merupakan pengarah bolasepak Lyon pada masa itu, mengakui dia telah bercakap dengan Edu Gaspar mengenai potensi perpindahan Aouar ke Emirates, dengan The Gunners ingin memasukkan Matteo Guendouzi ke dalam perjanjian perpindahan itu.
Ketika itu, Guendouzi telah 'dihukum' oleh Mikel Arteta setelah dikatakan berlakunya pertelingkahan di antara mereka berdua.
Pemain tengah The Gunners itu akhirnya dipinjamkan ke Marseille, yang mana kelab Perancis itu kemudiannya telah membeli Guendouzi, membuatkan perpindahan pinjaman itu menjadi kekal selepas percubaan sepanjang musim yang berjaya.
Bekas pemain Arsenal itu terus berkembang di bawah Igor Tudor di selatan Perancis dan Juninho, yang mana telah menolak Guendouzi pada masa itu kerana merasakan dia bukanlah pemain yang mereka perlukan, kini hanya mampu merenung mengenai kesilapannya itu.
Juninho menyesali keputusan yang dibuatnya pada ketika itu selepas beliau menyaksikan kehebatan sebenar yang ada dan dimiliki Guendouzi pada aksi Liga Juara-Juara ketika Marseille menentang Sporting CP.
Bercakap kepada RMC Sport, dia telah ditanya mengenai bekas pemain The Gunners itu dan berkata: "Sejujurnya, Guendouzi lebih bagus daripada apa yang saya sangkakan, kerana ketika saya menjadi pengarah bolasepak di OL, saya mengadakan perbincangan mengenainya bersama Edu ketika dia masih berada di Arsenal.
"Saya mempunyai sedikit keraguan, tetapi hari ini, saya akan mengatakan dia seorang pemain tengah... yang tidak lengkap, kerana dia tidak selalu menjaringkan gol, tetapi dia melakukan kerja yang menggerunkan sebagai pemain box-to-box.
"Dia jarang kehilangan bola.
"Dia bekerja keras tanpa bola, memimpin pasukan melalui teladan.
"Dia seorang pemain yang sangat penting.
"Dia tidak bermain pada hujung minggu dan pasukan itu kalah."
Mungkin sebahagian peminat dan penyokong Arsenal agak kecewa dengan penilaian yang dibuat oleh Juninho itu.
Jika tidak, pastinya Arsenal sudah memiliki pemain yang begitu lama dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates, yang pastinya membuatkan ramai orang gembira dan teruja untuk melihatnya bermain bersama jersi The Gunners.
Semasa di Arsenal, Guendouzi telah membuat 82 penampilan, menjaringkan satu gol dan menghasilkan lima bantuan, sebelum berpindah ke Marseille, di mana dia mempunyai tujuh gol dan 16 bantuan dalam 69 perlawanan untuk kesemua pertandingan.