Arsenal bergelut cipta kemenangan selepas diasak begitu teruk oleh Leeds United.
Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leeds United dan pasukan teratas, Arsenal terpaksa ditangguhkan lebih 30 minit sejurus selepas sepak mula kerana bekalan elektrik terputus di Elland Road.
Menurut laporan Dale Johnson kepada ESPN, beliau menjelaskan bahawa van hawkeye mengalami gangguan bekalan elektrik, bermakna tiada komunikasi antara VAR dan pegawai bertugas, sekaligus menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan untuk seketika.
Bagaimanapun perkara itu berlanjutan sehingga 10 minit, menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa berbincang dengan kedua-dua pengurus sebelum meminta pasukan untuk kembali ke bilik persalinan.
Selepas 40 minit tertangguh, perlawanan akhirnya dimulakan.
🔋Powered up…
— Arsenal (@Arsenal) October 16, 2022
🙌 Ready for action to resume at 2.40pm (UK) pic.twitter.com/5NhSnf5mKq
Bukayo Saka memastikan Arsenal kekal di kedudukan teratas liga setelah Bamford gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Leeds United.
Walaupun berjaya memperolehi tiga mata berharga di Elland Road, namun anak buah Mikel Arteta jelas kelihatan bergelut untuk mengekalkan prestasi cemerlang mereka.
Mungkin faktor keletihan setelah mengharungi jadual padat, menjejaskan fokus beberapa pemain ketika berusaha mengekang tekanan dan permainan pantas pihak lawan.
Perlawanan yang jelas menjadi milik pasukan tuan rumah walaupun secara keseluruhan, Arsenal menguasai perlawanan dengan memiliki 53% penguasaan, namun dari segi serangan Leeds mengatasi The Gunners apabila melakukan 16 percubaan, berbanding sembilan yang dilakukan oleh anak buah Mikel Arteta.
Secara keseluruhan, boleh dikatakan ia adalah penampilan terburuk yang dipamerkan Arsenal untuk musim ini (setakat ini).
Leeds tidak gentar berdepan Arsenal apabila mereka tampil dengan berani dan melakukan tekanan tinggi pada perlawanan ini, selain melakukan serangan balas yang mencemaskan ke gawang gol yang di kawal rapi Aaron Ramsdale.
Anak buah Jesse Marsch bukan sahaja berjaya mengganggu dan menyekat aliran serangan Arsenal tetapi mereka juga mencipta percubaan yang mendebarkan.
Sinisterra banyak kali mencemaskan kubu The Gunners. |
Percubaan mereka (Leeds) lebih mencemaskan buat peminat dan penyokong The Gunners berbanding keterujaan percubaan yang dilakukan Arsenal.
Bagi mereka, Arsenal tidak layak untuk menang, tetapi bagi The Gunners, ia adalah kemenangan penting setelah berusaha keras mengekang asakan lawan selain menempuhi jadual padat bulan ini.
Arsenal memperolehi kemenangan 1-0, yang mana ramai pihak menyifatkan ia adalah kemenangan yang tidak sepatutnya dan mungkin tidak layak untuk The Gunners ketika menentang Leeds, dalam mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas liga.
The Gunners bukannya masih di awan-awangan mahupun di buai mimpi indah setelah mereka terus mencatatkan keputusan menang tanpa mengira keadaan.
Perlawanan menentang Leeds berlangsung selepas kemenangan mereka ke atas Liverpool dan Bodo/Glimt, dan The Whites memberikan tentangan sebenar, yang benar-benar menguji tahap mental dan fizikal Arsenal.
Leeds mengatasi Arsenal dalam beberapa bahagian permainan malah terlepas sepakan penalti namun, akhirnya, anak buah Mikel Arteta berjaya menewaskan lawan mereka dan menang dalam perlawanan yang dianggap tidak sepatutnya oleh kebanyakkan pihak.
Begitu, pun jaringan kemenangan Arsenal adalah begitu indah apabila Bukayo Saka tidak mensia-siakan peluang walaupun mempunyai sudut sukar untuk memastikan The Gunners kekal di puncak liga.
Rating pemain Arsenal lwn Leeds United.
Saliba dan Tomiyasu jelas bergelut pada aksi malam tadi tetapi Ramsdale tampil dengan cemerlang.
Aaron Ramsdale: 8/10.
Persembahan mantap dari penjaga gol England dengan beliau pantas keluar dari garisannya apabila diperlukan untuk menyelamatkan kesilapan William Saliba dan melakukan penyelamatan bijak pada separuh masa pertama dari jarak dekat.
Ben White: 6/10.
Persembahan biasa darinya untuk sebahagian besar malam tadi dan jauh daripada persembahan terbaiknya dalam penguasaan bola. Banyak diuji pada separuh masa kedua ketika Leeds kelihatan menyerang menggunakan sudut dan bahagian padangnya.
William Saliba: 4/10.
Seperti biasa, beliau mempunyai ketenangan dan beraksi sangat baik untuk sebahagian besar perlawanan malam tadi. Namun dia terperangkap dengan tindakannya dan jelas kelihatan kekecewaan di wajahnya apabila dia menghadiahkan penalti kepada lawan. Mujurlah Bamford gagal menyempurnakan penalti itu.
Bamford missed a penalty but it was actually off side before penalty handball of Saliba pic.twitter.com/47xlpyGWns
— umair javed (@umairjaved1591) October 16, 2022
Gabriel: 6/10.
Beberapa hantaran beliau kepada Tomiyasu sering kali mencemaskan dan dia bernasib baik kerana diberikan kekasaran lembut untuk gol yang tidak dibenarkan. Membuat beberapa hadangan yang sangat baik dan halangannya terhadap percubaan Sinisterra adalah sangat penting. Amat bertuah tidak dibuang padang selepas digasak oleh kegilaan Bamford.
Pray for Bamford. Missed a crucial penalty and got shot. pic.twitter.com/MBALM8c8M6
— Av (@aviv_lavi) October 16, 2022
Takehiro Tomiyasu: 5/10.
Bukan hari untuk pemain antarabangsa Jepun itu, yang kadang-kala bergelut untuk mengatasi tekanan hebat Leeds dan bukan permainan terbaiknya mengenai bola juga.
Thomas Partey: 6/10.
Kelihatan pancit pada penghujung perlawanan dan secara keseluruhan penguasaan bolanya masih perlu dipertingkatkan lagi selain melakukan beberapa hantaran yang kurang baik. Kelebihan ketara Partey dapat dilihat di mana dia mampu menyerap tekanan dengan baik dan mendapatkan kembali bola pada beberapa kesempatan dengan baik.
Granit Xhaka: 6/10.
Beraksi cemerlang pada separuh masa pertama dengan dapat dilihat dia banyak membantu jentera serangan namun, bergelut untuk mengekalkannya pada separuh masa kedua. Gagal membantu untuk menggerakkan pasukan dan ketokohannya untuk menjadi 'jeneral' kali ini hanya dapat dipuji ketika mendesak pengadil untuk membatalkan layangan kad merah kepada Gabriel.
Martin Odegaard: 7/10.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kapten Arsenal ni beraksi dengan penuh keanggunan teknikal dan serangan yang mengalir, yang membantu meletakkan Arsenal di hadapan. Namun itu hanya berlaku pada separuh masa pertama sahaja.
Bukayo Saka: 7/10.
Menjaringkan empat gol dalam seminggu dengan penyudah hebat dari sudut ketat dan sukar, yang meletakkan Arsenal dihadapan dengan satu gol. Tidak melakukan banyak perkara selain daripada itu, tetapi dia akan dimaafkan atas sumbangan kemenangannya.
Gabriel Jesus: 7/10.
Hari yang agak tenang untuk pemain Brazil itu yang jauh daripada prestasi terbaiknya. Berjuang dengan baik pada separuh masa pertama tetapi benar-benar merosot pada babak kedua dan gagal memberikan Arsenal sebarang pelepasan daripada tekanan Leeds.
Gabriel Martinelli: 7/10.
Menunjukkan kecerdasan permainan yang baik untuk menggelecek bola ke sudut padang. Sebagaimana aksi berpasukan yang mampu bermain dengan baik pada separuh masa pertama, Martinelli juga begitu. Kita hanya menyaksikan sebahagian besar permainan serangan balas yang lancar yang diuruskan Arsenal pada separuh masa pertama. Tiada aksi menarik pada separuh masa kedua selain bertahan.
Pemain gantian :-
Fabio Vieira: 6/10.
Dibawa untuk memberikan Arsenal sedikit kelebihan dalam penguasaan bola selepas Odegaard tidak lagi mampu melakukannya. Tidak melakukan banyak perkara namun kemasukkannya sedikit memberi harapan kepada serangan The Gunners.
Kieran Tierney: 7/10.
Mungkin sepatutnya memulakan permainan pada bek kiri lebih awal untuk mengeksploitasi ruang yang luas. Tidak banyak boleh dilakukan Tierney dalam membantu pasukan untuk menyerang selepas masuk tetapi Arsenal kelihatan lebih selamat di bahagian pertahanan dengan kehadirannya.
Rob Holding: masuk terlalu lewat untuk membuat penilaian.
Eddie Nketiah: masuk terlalu lewat untuk membuat penilaian.
Ramsdale beraksi cemerlang malam tadi. |