Temu bual Bernardo Silva selepas perlawanan setelah kekalahan Manchester City 1-0 kepada Liverpool di Anfield, menjadi tular selepas peminat mengenakan penapis tangisan (crying filter) kepadanya.
City mengalami kekalahan pertama musim ini, dengan Mo Salah menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-76 berpunca daripada tendangan Alisson Becker dari kawasan golnya ke bahagian gol lawan.
Juara Liga Perdana itu terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan pada awal separuh masa kedua apabila Phil Foden menjaringkan gol, tetapi dibatalkan VAR selepas diputuskan bahawa Erling Haaland telah mengasari Fabinho dalam pembinaan gol tersebut.
Pep Guardiola benar-benar marah dan selepas perlawanan, Bernardo juga tidak berpuas hati dengan pengadil Anthony Taylor dan tidak dapat menahan diri ketika ditemu bual.
Pemain antarabangsa Portugal itu mempunyai sedikit sejarah dengan penyokong Liverpool, berpunca daripada dia gagal memberikan mereka kawalan kehormatan (guard of honour) yang sewajarnya apabila The Reds menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 2020.
Bernardo Silva enggan menepuk tangan kepada pemain Liverpool semasa 'guard of honour' pada musim 2019/20. |
Dia akhirnya melabelkan mereka sebagai sangat "menyedihkan" dan memberitahu mereka untuk "membaca buku" di Twitter selepas City tersingkir dari Liga Juara-Juara oleh Lyon tidak lama selepas itu.
Bernardo Silva is a Manchester City Ultra pic.twitter.com/b44GghbtfF
— Ryan ✝️ (@NehzzyTweets) July 2, 2020
Oleh itu, apabila dia dilihat begitu kecewa dalam temu bual bersama Sky Sports, seorang penyokong The Reds menggunakan penapis tangisan yang lucu dan ia telah mengumpulkan 981,700 tontonan (ketika artikel ini ditulis).
Ahh... No need to cry Bernardo 😂😂 pic.twitter.com/yhmx3otJuw
— GaGs (@GagsTandon) October 16, 2022
Dalam temu bual itu, Silva meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap kekurangan konsistensi pengadil, yang katanya "tidak boleh berubah hanya kerana ada gol".
"Apa yang kami harapkan daripada pengadil ialah konsistensi dalam membuat keputusan," jelas Silva.
"Apabila anda mahu perlawanan berlangsung tanpa ganguan wisel yang kerap hanya kerana sedikit sentuhan sepanjang permainan, anda perlu mengekalkan keputusan itu dan teruskan seperti itu.
"Jika anda mahu sentiasa meniup wisel, jadi tiuplah kesemuanya.
"Jika dari awal permainan anda tidak meniup wisel untuk kesalahan kecil, dan kami melihat dalam perlawanan ini dia membenarkan kami bermain - itu bagus, itu baik - maka jika ada gol anda tidak boleh meniupnya.
"Jika anda mahukan konsistensi daripada pengadil anda tidak boleh berubah hanya kerana ada gol.
"Hanya kerana ia adalah keputusan yang sukar, anda perlu membuat keputusan yang sukar dan mengekalkan gol."
Silva terlibat dalam pergelutan dengan Salah yang tidak memberikan sepakan percuma kepada The Reds, menyebabkan Jurgen Klopp begitu berang sehinggakan dia dilayangkan kad merah.
Klopp dilayangkan kad merah setelah memprotes tindakan pengadil Anthony Taylor, serta penjaga garisan. |
Guardiola, yang mendakwa dirinya telah dilemparkan syiling oleh penyokong tuan rumah, juga menyifatkan bahawa apabila pengadil tidak membenarkan gol itu, dia (pengadil) telah mengabaikan pendekatan yang mana dia telah memberitahu dua pasukan mengenai cara yang akan diguna pakai untuk mengawal perlawanan tersebut.
"Ini Anfield, pengadil bercakap dengan pembantu saya dan berkata dia tidak akan melakukan kesalahan melainkan mereka jelas," kata Guardiola selepas wisel penamat.
"Semua aksi diteruskan, kecuali gol yang kami jaringkan dan selepas itu, ia tidak dimainkan.
"Itulah persoalannya, jadi apabila pengadil memutuskan untuk bercakap dengan pengurus, kepada Jurgen Klopp, kepada penolong jurulatih saya dan berkata 'Saya mahu menjelaskan bahawa, ia berlaku sepanjang masa dengan cara itu,' maka anda tidak boleh menafikan gol.
"Tetapi jika anda membuat keputusan pada saat pertama kesalahan dilakukan, kesalahan, kesalahan… Tetapi anda tahu, ini adalah Anfield."
City kini mendapati diri mereka ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, selepas kekalahan pertama mereka ini, manakala Liverpool kini naik ke tangga kelapan.
🗣 "After we scored a goal, they disallowed it, this is Anfield."
— Football Daily (@footballdaily) October 16, 2022
Pep Guardiola's reaction to Manchester City having their goal disallowed pic.twitter.com/VbxDIIyDQh