The Gunners dilaporkan berusaha keras untuk mendapatkan tandatangan pemain Leicester City dan akan memberi tentangan kuat kepada pesaing.
Mundo Deportivo melaporkan Barcelona sedang mencari dan berusaha untuk menandatangani pemain tengah baharu pada jendela Januari ini.
Cerita itu membawa kepada kelab tersebut sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan Ilkay Gundogan dari Manchester City.
Itu mungkin satu langkah yang sukar pada pasaran musim sejuk, tetapi harapan mereka - memandangkan kontrak pemain City itu akan tamat pada musim panas depan, mungkin terdapat peluang apabila jendela seterusnya dibuka.
Pilihan lain yang sedang dilihat mereka ialah Youri Tielemans dari Leicester City, namun, Arsenal dikatakan akan memberikan tentangan yang kuat dalam kes ini.
Menurut akhbar Catalan, The Gunners berusaha keras untuk mendapatkan pemain tengah baharu dan peluang untuk mendapatkan Tielemans secara percuma pada musim panas akan datang adalah satu peluang yang menarik untuk pasukan Mikel Arteta.
Malah laporan di Belgium baru-baru ini telah mencadangkan bahawa perpindahan ke Arsenal disifatkan begitu hampir untuk pemain itu, walaupun semua ini dilihat untuk berlaku menjelang akhir musim ini.
Oleh itu, Barcelona mungkin cuba mendapatkan Tielemans pada bulan Januari dan mungkin akan menawarkan bayaran rendah kepada Leicester, dengan harapan untuk menggoda The Foxes supaya berpisah lebih awal dengan pemain Belgium itu.
Pada masa ini, Tielemans kelihatan seperti pemain yang akan menyertai gergasi Sepanyol itu, berdasarkan kepada usaha kelab tersebut yang bersedia mengeluarkan belanja pada jendela Januari.
Manakala Arsenal pula, kelihatan yakin untuk mendapatkan Tielemans secara percuma pada musim panas depan.