Ajax digesa untuk mencontohi perkara menakjubkan seperti yang dilakukan Mike Arteta terhadap Arsenal, dengan perkara akan mula berubah selepas itu.
Dengan Arsenal kini lima mata di depan Manchester City untuk berada di puncak liga pada rehat Piala Dunia, ada sebab untuk peminat The Gunners percaya bahawa gelaran Liga Perdana adalah satu kemungkinan besar mampu digapai kali ini.
Perjalanan masih jauh, tetapi prestasi yang dilalui anak buah Mikel Arteta sudah tentu menjadikan mereka calon terbaik untuk merebut trofi, bergantung kepada sama ada mereka boleh meneruskannya apabila liga mula bersambung bulan depan.
Banyak perkara sebenarnya telah berubah sejak tahun lalu, apabila Arsenal tidak berada dalam prestasi seperti sekarang, bergelut antara rekod tanpa kalah dan tanpa kemenangan.
Mereka menghabiskan keseluruhan bulan Januari dengan memenangi satu perlawanan, tetapi itu berubah sejurus selepas Arteta memutuskan untuk menyingkirkan Pierre-Emerick Aubameyang.
Arsenal memenangi lima perlawanan seterusnya selepas pemain antarabangsa Gabon itu dilepaskan daripada kontraknya dan terdapat beberapa pihak di Belanda percaya Ajax juga seharusnya melakukan perkara yang sama dengan terhadap pemain mereka.
Bekas pemain bolasepak Belanda, Arnold Bruggink adalah antara mereka, memberitahu This Was The Weekend ESPN, yang disampaikan oleh Voetbal International: "Aubameyang tidak mematuhi peraturan Arteta, yang menyingkirkan penjaring terbanyaknya.
"Kelab [Arsenal] menyokongnya, Aubameyang pergi dan keadaan mula berubah.
"Kemudian anda melihat perubahan.
"Anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dua atau tiga pemain di Ajax."
Kelab Eredivisie itu bergelut untuk mencari prestasi terbaik di bawah pengurus Alfred Schreuder berikutan perpindahan Erik ten Hag ke Manchester United.
Pasukan Ajax, yang biasanya mendominasi liga kini berada di tempat kedua dalam Eredivisie, tiga mata di belakang Feyenoord selepas 14 perlawanan.
Mereka tidak pernah berjaya menggantikan pemain seperti Lisandro Martinez dan Antony dengan betul, dan ia kini merugikan mereka.
Mungkin rehat Piala Dunia adalah apa yang mereka perlukan dan mungkin beberapa penyingkiran pada Januari seperti yang dilakukan Arteta terhadap Aubameyang, juga perlu dicontohi mereka.