Arsenal dengan pemain tengah bertahan berusia 20 tahun.

Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan untuk pemain tengah bertahan berusia 20 tahun, Ibrahima Bamba.

Pemain muda itu telah mempamerkan beberapa aksi yang mengagumkan sejak menyertai kelab Portugal, Vitoria Guimaraes dan telah menarik perhatian kelab-kelab terkemuka di seluruh Eropah.

Perpindahan ke kelab yang lebih besar mungkin akan berlaku tidak lama lagi dengan laporan terkini telah mengaitkannya dengan perpindahan ke Stadium Emirates. 

Arsenal dikatakan mahu memenangi perlumbaan untuk mendapatkan tandatangannya, sebagaimana laporan yang dikeluarkan Mirror semalam.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa Arsenal telah membuat permintaan untuk mendapatkan pemain bernilai £26.5 juta kepada Guimaraes.

Mereka turut menambah bahawa The Gunners mensasarkan untuk menandatangani Ibrahima Bamba pada Januari nanti ataupun pada musim panas depan.

Tetapi usaha Arsenal itu bakal ditentang oleh kelab Itali, Atalanta dan dari Sepanyol, Villarreal.

Bagaimanapun, The Gunners dilihat lebih berpeluang dengan memiliki beberapa kelebihan terutamanya kerana Emirates sangat terkenal dengan atau sebagai tempat terbaik untuk bakat muda berpotensi besar dan Bamba boleh menjadi pemain terbaik seterusnya yang menyertai mereka.

Pun begitu, The Gunners boleh merundingkan bayaran itu jika minat mereka terhadap pemain tengah bertahan itu menjadi lebih serius sebelum jendela perpindahan dibuka semula.

Pada ketika ini, nilai pasaran Ibrahima Bamba hanya berada pada sekitar 3.5 juta euro sahaja dan jauh daripada nilai klausa pelepasan yang dimilikinya itu.

Siapa Bamba?

Bamba tidak dikenali oleh kebanyakan peminat Arsenal, tetapi itu tidak bermakna dia tidak akan melakukan kerja yang baik jika The Gunners menandatanganinya.

Pemain berusia 21 tahun ini dilahirkan di Itali kepada ibu bapa warga Ivory dan Bamba mula bermain bolasepak bersama akademi belia Pro Vercelli pada usia 15 tahun pada 2015.

Dia kemudian berpindah ke Portugal untuk menyertai Vitoria de Guimaraes pada 2020 dan pada 26 Januari 2022, Bamba menandatangani kontrak profesional dengan kelab itu, mengekalkannya di kelab tersebut sehingga 2025 dengan klausa pelepasan €30 juta.

Bamba membuat debut profesionalnya bersama Vitoria dalam kekalahan 3-0 kepada Benfica untuk saingan Liga Primeira pada 27 Februari 2022.

Walaupun dilahirkan di Itali, Bamba juga layak mewakili Ivory Coast di peringkat antarabangsa dan  pada 24 Mei 2022, pengurus pasukan bolasepak kebangsaan Itali, Roberto Mancini telah memanggilnya untuk menyertai kem latihan 53 pemain untuk Azzurri.

Adakah Bamba sesuai dengan Arsenal?

The Gunners sudah pun mempunyai Albert Sambi Lokongo yang bergelut untuk bermain dan menembusi pasukan utama.

Melihatkan perkara itu, adalah tidak masuk akal untuk menambah pemain lain yang tidak akan mampu menyumbang kepada pasukan dengan serta-merta.

Apa yang diperlukan Mikel Arteta ketika ini adalah dia perlu mula menandatangani pemain yang mempunyai kualiti untuk bermain dengan baik dalam liga sebaik sahaja mereka tiba di Emirates.

Tempoh untuk membina boleh dikatakan sudahpun memasukki fasa akhir dengan kini adalah fasa untuk mengukuhkan lagi pasukan.

Begitu juga dengan seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Arsenal, yang memiliki ataupun bermain pada posisi yang sama dengan Bamba, Danilo.

Pemilihan pemain muda Brazil itu tidak lagi boleh dikatakan untuk pelaburan jangka panjang memandangkan The Gunners kini sudahpun dimiliki ramai pemain muda atau dalam erti kata lain, Arsenal perlu mendapatkan pemain yang benar-benar bersedia dan mampu beraksi dengan baik serta merta (tidak perlu mengambil masa lama).

Posisi pemain tengah bertahan dilihat begitu kritikal ketika ini dan ia perlulah diisi dengan seorang pemain berpengalaman sebagai persediaan segera kepada Thomas Partey dan Granit Xhaka.

Itu dilihat lebih utama ketika ini.

BACA: The Gunners kini bersedia untuk membawa pemain Brazil yang mempunyai klausa pelepasan berjumlah £86 juta ke Emirates pada jendela perpindahan musim sejuk.

Post a Comment

Previous Post Next Post