Liverpool untuk dijual.

Pemilik Liverpool, Kumpulan Fenway Sports (FSG) telah meletakkan kelab itu untuk dijual.

Kenyataan yang diterbitkan oleh The Athletic mengesahkan berita itu pada petang Isnin (malam tadi waktu Malaysia).

"Terdapat beberapa perubahan pemilikan baru-baru ini dan khabar angin mengenai perubahan pemilikan di kelab EPL dan tidak dapat tidak, kami sering ditanya mengenai pemilikan Kumpulan Fenway Sports di Liverpool," baca pengumuman rasmi itu.

"FSG sering menerima pernyataan minat daripada pihak ketiga yang ingin menjadi pemegang saham di Liverpool. 

"FSG telah berkata sebelum ini bahawa di bawah terma dan syarat yang betul kami akan mempertimbangkan pemegang saham baharu jika ia adalah untuk kepentingan terbaik Liverpool sebagai sebuah kelab.

"FSG kekal komited sepenuhnya untuk kejayaan Liverpool, di dalam dan di luar padang.”

Syarikat perbankan pelaburan Goldman Sachs dan Morgan Stanley telah dilantik sebagai pihak bertanggungjawab untuk membantu proses tersebut.

Pemilik utama John W. Henry mengawal kelab itu sejak Oktober 2010 melalui FSG, dan kumpulan itu juga memiliki pasukan besbol Boston Red Sox.

Mereka mengambil alih pegangan Liverpool (apabila membeli kelab itu) daripada George Gillett Jr. dan Tom Hicks.

Pada masa itu, Liverpool melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus pasukan dan mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama mereka pada musim 2019/20, yang juga merupakan kejuaraan pertama mereka selama 30 tahun. 

Liverpool juga memenangi Piala FA, Piala Carabao dan Liga Juara-Juara.

Semasa pemilikan FSG, Anfield telah diubah usai (menjalani penambahbaikan) dengan Main Stand baharu bernilai £110 juta, manakala Anfield Road Stand sedang dibangunkan semula. 

Projek bernilai £80 juta itu akan disiapkan pada musim panas akan datang dan meningkatkan kapasiti kepada sekitar 61,000.

FSG juga telah mengawasi perpindahan pusat latihan kelab dari Melwood ke kemudahan latihan baharu bernilai £50 juta di Kirkby.

Ia kebanyakannya dimiliki oleh John W. Henry, yang merupakan salah seorang daripada dua pengasas bersama pengerusi Tom Werner

Selain Red Sox, FSG juga memiliki rangkaian televisyen NESN, 50 peratus daripada Roush Fenway Racing dan Fenway Sports Management.

FSG menjual 11 peratus kepentingan dalam syarikat itu dengan harga $750 juta (£655 juta) kepada RedBird Capital Partners tahun lepas dan kemudiannya membeli pegangan saham dalam pasukan hoki ais NHL, Pittsburgh Penguins.

Terdapat unsur-unsur kontroversi mengenai pemilikan FSG terhadap Liverpool dan pada 2019, mereka telah dikritik selepas kelab itu cuba menanda dagangan nama Liverpool, dengan kumpulan penyokong Spirit of Shankly berkempen menentang perpindahan itu.

Liverpool juga merupakan salah satu daripada enam pasukan Liga Perdana yang komited dengan Liga Super Eropah tahun lepas (yang tidak menjadi). 

Selepas protes, mereka menarik diri daripada projek itu dan Henry meminta maaf secara terbuka kepada peminat.

Apabila Werner bercakap dengan The Athletic pada bulan Mei, dia menegaskan FSG tidak akan pergi ke mana-mana. 

Beliau berkata: "Ya, kami masih melihatnya sebagai projek jangka panjang. 

"Kami dahagakan untuk memenangi lebih banyak trofi untuk kelab."

Pengambilalihan terbaru pasukan utama Liga Perdana Inggeris ialah pembelian Chelsea yang diketuai Todd Boehly, yang menelan belanja £2.5 bilion.

Post a Comment

Previous Post Next Post