Barcelona kekal berminat dapatkan 'ubi power' The Gunners.

Kelab Sepanyol masih berminat untuk menandatangani bintang muda Arsenal yang disifatkan sebagai salah satu permata paling berharga di England.

Barcelona terus memerhatikan pemain muda Arsenal, Charlie Patino ketika mereka mengintai perpindahan yang berpotensi untuknya pada masa hadapan.

Itu menurut Calciomercato, yang membuat liputan mengenai pemain itu beberapa hari lalu dan bagaimana pasukan Catalan itu akan bertindak pada sebarang peluang sekiranya The Gunners 'terganggu'.

Mereka menerangkan bagaimana Patino adalah salah satu permata paling berharga dalam kancah remaja England, gelaran yang diberikan kepadanya oleh scout Arsenal, Brian Stapleton yang ketika ini mula menjadi kenyataan.

Stapleton merupakan individu pertama yang berjaya mengesan bakat Patino, yang mana dia tidak sanggup terlepas dari memilikinya dan membawa kepada dia untuk menegaskan bahawa pemain itu adalah seorang yang harus diambil segera.

Patino telah bersama Arsenal sejak berusia 12 tahun, memilih The Gunners setelah menolak tawaran Chelsea dan Manchester City.

Dia sejak itu telah berkembang sebagai seorang playmaker, seperti idolanya Santi Cazorla, Cesc Fabregas dan Andres Iniesta, dengan visi dan kemampuannya untuk membuka pertahanan lawan menjadi dua perkara yang menjadi tumpuan.

Pemain muda berusia 19 tahun itu telah menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Arsenal pada Oktober 2020 dan peluangnya untuk membarisi skuad utama The Gunners terbantut seketika kerana kecederaan, namun harapan masih tinggi untuknya.

Dia kini dipinjamkan kepada Blackpool tetapi Mikel Arteta juga sentiasa memerhatikannya, yakin dengan masa bermain yang teratur dalam Kejuaraan, akan dapat membantu perkembangannya.

Bukan sahaja The Gunners yang berbuat demikian, Barcelona juga peminat jangka panjang dan terus memerhati perkembangannya dengan harapan Arsenal mungkin 'terganggu seketika' dan memberi mereka peluang untuk menandatanganinya.

Itu nampaknya tidak mungkin memandangkan penghargaan yang The Gunners berikan kepadanya, tetapi niat itu pasti ada dan sesuatu yang berpotensi untuk diperhatikan.

Sebelum ini, terdapat pihak di Itali, antaranya orang perantaraan (ejen) Michele Fratini, yang memerhatikannya untuk potensi perpindahan ke Serie A.

Ini kerana kontrak Patino yang akan berakhir pada musim panas 2023, pun begitu, Arsenal mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh itu untuk dua tahun lagi.

Itulah sebabnya, Barcelona sedang memantau dan menunggu sekiranya urusan pembaharuan itu tidak berjalan lancar dengan mereka sedia bertindak, mengambil peluang.

Post a Comment

Previous Post Next Post