Arsenal terus dikaitkan dengan Vlahovic.

Arsenal telah minta maklumat mengenai penyerang yang pernah dikaitkan dahulu dan boleh bermain menentangnya tidak lama lagi.


Ketika Juventus bersiap sedia untuk perlawanan persahabatan menentang Arsenal yang akan berlangsung di Stadium Emirates pada hari Ahad ini (waktu Malaysia), mereka juga sebenarnya bersedia untuk mengalu-alukan kepulangan salah seorang bintang Piala Dunia mereka ke skuad.

Itulah Dusan Vlahovic, yang pernah berada di Qatar bersama skuad Serbia dan akhirnya tersingkir di peringkat kumpulan.

Akhbar Itali, Tuttosport semalam memaparkan kisah tentang kepulangan penyerang itu ke Juventus, yang kini bersedia untuk menilai keadaan fizikalnya dan melihat sama ada dia bersedia serta mampu bermain untuk menentang Arsenal pada perlawanan persahabatan hujung minggu ini.

Media itu kemudiannya turut menulis mengenai kelab yang berminat terhadap Vlahovic sejak kebelakangan ini dan The Gunners seperti biasa, mendapat sebutan dalam senarai tersebut.

Didakwa bahawa walaupun persembahannya di Piala Dunia begitu singkat, namun terdapat banyak kelab baru-baru ini telah menghubungi ejennya dan meminta maklumat mengenai situasinya di Juventus.

Mereka ingin mengetahui sama ada dia (Vlahovic) berminat untuk berpindah keluar atau tidak dari kelab Itali itu.

Arsenal adalah salah seorang daripada mereka, bersama dengan Chelsea, Manchester United, Bayern Munich dan Paris Saint Germain.

Tuttosport menulis bahawa untuk melepaskan Vlahovic pergi, Juventus perlu menerima tawaran yang hampir dengan penilaian semasanya, yang berjumlah kira-kira €80 juta, harga yang mereka bayar untuk mengambilnya dari Fiorentina pada bulan Januari.

Jika tidak, tiada sebab untuk menjual penyerang yang menjaringkan tujuh gol setakat ini untuk musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post