Ejen gesa Fiorentina dapatkan 'ubi power' Arsenal.

Ejen gesa kelab Itali untuk menandatangani bakat besar Arsenal, dengan nilai pasaran dianggarkan sekitar €4 juta.

Ketika ini dipinjamkan ke Blackpool dalam Kejuaraan, Charlie Patino sering dilihat sebagai salah satu bakat besar untuk Arsenal pada masa hadapan.

Pemain tengah itu juga mempunyai dua penampilan untuk pasukan utama The Gunners atas namanya, di mana dia telah menjaringkan satu gol, dalam kemenangan 5-1 ke atas Sunderland dalam Piala EFL.

Arsenal menghantarnya ke Blackpool supaya dia boleh mendapatkan masa permainan yang lebih kerap dan teratur.

Dan itulah sebenarnya yang berlaku, kerana dia telah bermain dalam 15 perlawanan, menjaringkan dua gol dan membantu satu lagi dalam semua pertandingan bersama kelab Kejuaraan itu.

Pada 3 Ogos 2022, Patino menyertai Blackpool secara pinjaman untuk tempoh semusim (2022/23).

Bakat besar yang dimiliki pemain muda Arsenal itu pastinya tidak terlepas pandang dan berjaya menarik perhatian beberapa pihak, terutamanya di Eropah,

Ini kerana, ketika ini terdapat pihak di Itali, antaranya orang perantaraan (ejen) Michele Fratini, yang memerhatikannya untuk potensi perpindahan ke Serie A.

Bercakap kepada Radio Toscana, yang disampaikan oleh Fiorentina News, Fratini telah mencadangkan nama pemain The Gunners itu kepada Fiorentina, yang ketika ini fokus untuk membina kembali pasukan mereka.

Dia berkata: "Nama saya untuk Fiorentina ialah Charlie Patino, dilahirkan pada 2003 dengan pasport Inggeris dan Sepanyol. 

"Bakat yang amat besar. 

"Dia sudah lama bermain dalam pasukan Arsenal U23. 

"Seorang pemain yang sangat kuat. 

"Ini adalah tip untuk pembelian yang saya buat untuk Fiorentina.

Arsenal menandatangani Patino, yang ketika itu berusia 11 tahun dari Luton Town pada 2015, dengan bayaran £10,000.

"Budak itu sudah dikenali. 

"Kini dia berada di Kejohanan bersama Blackpool secara pinjaman. 

"Secara semula jadinya, dia berkaki kiri. 

"Terdapat perbincangan tentang Lo Celso, tetapi Patino sebaliknya mengingatkan saya sedikit tentang Nuri Sahin, bekas pemain Borussia Dortmund dan Real Madrid.

"Nilai pasarannya adalah sekitar €4 juta.

"Dia seorang pemain tengah yang menggelecek dan mungkin kadang-kadang cuba terlalu keras dalam cubaan untuk menewaskan pemainnya, tetapi dia benar-benar berkualiti. 

"Kontraknya akan tamat pada 2023, pada musim panas."

Seorang pemain tengah yang gemar dan mampu mengawal bola, Patino telah menyatakan bahawa bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla dan Cesc Fàbregas adalah pengaruh dalam gaya permainannya.

Walaupun semua itu adalah benar mengenai situasi kontraknya di Arsenal, tetapi The Gunners mempunyai pilihan untuk lanjutan dua tahun yang pastinya akan menghalangnya daripada pergi secara percuma.

Laporan terbaru dari England mencadangkan bahawa Mikel Arteta ketika ini cuba untuk melanjutkan kontraknya, jadi kita perlu menunggu dan melihat sama ada Arsenal boleh menguruskan serta menyelesaikannya.

Jika ya, dia pasti akan menelan kos lebih daripada €4 juta (sekiranya Fiorentina benar-benar mahu menandatanganinya), tetapi jika Arsenal gagal melakukannya (melanjutkan tempoh kontraknya), maka The Gunners perlu bersedia bahawa mereka akan kehilangan pemain yang sangat berbakat, secara percuma.

Charlie Michael Patino, pemain tengah berusia 19 tahun mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga 31 Mei 2023.

Post a Comment

Previous Post Next Post