Ketidakpastian masa depan Balogun memaksa Reims mencari pengganti di Scotland.

Ketidakpastian mengenai masa depan pemain Arsenal memaksa kelab mencari pengganti di Scotland.

Pada hari Jumaat lalu, kami membuat liputan berkenaan temu bual yang Folarin Balogun berikan kepada laman web Ligue 1, mengenai permulaan hebatnya musim ini secara pinjaman dari Arsenal di Stade de Reims.

Penyerang muda Arsenal itu dibawa masuk menggantikan Hugo Ekitike, yang telah dipinjamkan ke Paris Saint-Germain dengan pilihan (klausa) untuk membeli.

Dan Balogun pula, bagaimanpun telah memenuhi peranan itu dengan mengagumkan bersama kelab Perancis tersebut.

Dia mempunyai (setakat ini) lapan gol dalam 14 penampilan Ligue 1 untuk kelab itu dan sudah ada desas-desus mengenai Mikel Arteta mahu memperbaharui kontrak pemain itu dan melanjutkan perjanjian pinjaman setahun lagi agar penyerang Arsenal itu terus mendapat pengalaman di peringkat tertinggi.

Masalahnya ialah sehingga perbincangan itu berlaku, Stade de Reims perlu merancang masa depan mereka tanpa Balogun, kerana dia secara teknikal sepatutnya kembali ke Emirates apabila perjanjian itu tamat.

Itulah sebabnya cerita Jeunes Footeux tentang mereka melihat Bojan Miovski dari Aberdeen masuk akal, kerana pemain antarabangsa Macedonia Utara itu mempunyai 10 gol dalam 14 perlawanan liga untuk pasukan Scotland itu.

Dinyatakan bahawa ketidakpastian situasi yang mengelilingi Balogun memaksa unit pengambilan Reims untuk melihat pada jendela perpindahan seterusnya dan mengapa mereka kini telah memantau beberapa profil yang bersesuaian dengan mereka.

Miovski adalah antara mereka yang berada dalam senarai pemerhatian Reims, sekiranya Arsenal memutuskan untuk tidak melanjutkan pinjaman itu dan memanggil semula penyerang mereka untuk memberinya peluang dalam pasukan utama The Gunners.

Post a Comment

Previous Post Next Post