Gabriel Jesus mungkin tidak selalu menjaringkan gol dan dia bukanlah sekadar penyerang yang menekan, malah Arsenal juga mendapat manfaat daripada terjahan terbaiknya.
Kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Chelsea di Stamford Bridge pada hari Ahad lalu adalah kemenangan tipis dari segi skor, tetapi dari segi prestasi ia amat meyakinkan.
The Gunners menjaringkan gol kemenangan melalui set piece, tetapi penguasaan mereka dalam permainan terbuka adalah sangat jelas dan, dengan cara yang halus ia adalah kemenangan sempurna.
Gol itu sendiri berpunca daripada sepakan sudut yang dilakukan oleh Bukayo Saka, terlepas oleh semua orang dan bertukar menjadi jaringan hasil tindakan tepat oleh Gabriel Magalhaes.
Tetapi jika kita mengkaji bagaimana gol itu dihasilkan ataupun pembinaan gol tersebut, kita akan menemui kunci kepada prestasi cemerlang Arsenal musim ini.
Sepakan penjuru itu berpunca daripada penyelamatan Edouard Mendy, yang berusaha menyelamatkan gawangnya daripada percubaan Gabriel Jesus, dan gerakan untuk percubaan itu bermula apabila Thiago Silva 'dikacau' oleh Jesus.
Pada masa ini, kita semua sudah terbiasa dengan idea bahawa seorang penyerang tengah pasukan mestilah memainkan peranan penting dalam mendapatkan semula penguasaan bola, tetapi hanya sedikit yang menganggapnya secara literal seperti Jesus.
Pemain Brazil itu bukan sahaja seorang yang memulakan tekanan, malah dia juga seorang pemenang bola yang proaktif.
Penyerang tengah terbaik tidak semestinya memenangi banyak terjahan (tackle), ia lebih kepada memahami sudut hantaran dan arah mana untuk ditekan, memahami mengenai menggoda pihak lawan ke arah tertentu supaya rakan sepasukan boleh memenangi bola.
Sebagai contoh, cara biasa penyerang akan menyumbang kepada tekanan yang berjaya adalah dengan memaksa pertahanan tengah bermain lebih lebar, memberi petunjuk kepada rakan sepasukannya untuk beralih ke arah itu.
Bek tengah akan memainkan bola menjadi bek sayap yang sedang ditutup oleh penyerang kedua, bek sayap akan tergesa-gesa melepaskan bola dan penyerang ketiga akan memungutnya.
Penyerang itu telah menyumbang kepada tekanan tetapi, dia tidak akan dianggap sebagai seorang yang benar-benar memenangi penguasaan sendiri.
(gambar: 1) |
Jesus sedikit berbeza, seperti yang dapat kita saksikan sebagai contoh, pada pertemuan menentang Chelsea.
Berikut adalah pembinaan gol Arsenal ketika menentang Chelsea.
Trevoh Chalobah (gambar: 1) melakukan hantaran ke Silva dan Jesus melakukan perkara yang kita harapkan daripada seorang penyerang, melencongkan lariannya untuk memotong sudut bagi hantaran ke belakang pasukan lawan.
Dia kemudian berhenti seketika, memerhatikan keadaan dengan menjangka arah mana bola akan dimainkan (gambar: 2).
(gambar: 2) |
Ramai penyerang akan meninggalkannya, membiarkan begitu sahaja, tetapi tidak bagi Jesus.
Semasa Silva mara, Jesus mengejarnya, mendapatkan bola dan menghantarnya kepada Saka (gambar: 3), yang kemudian menggelecek ke hadapan dan menyelinap masuk ke dalam untuk melorongkan bola kepada Jesus, yang melakukan satu rembatan dari sudut yang ketat (sukar) (gambar: 4).
(gambar: 3) |
Dari sudut itu, Arsenal cuba menjaringkan gol (gambar: 4) dan disinilah punca gol sebenar The Gunners pada perlawanan menentang Chelsea.
(gambar: 4) |
Dan ini bukan hanya sekali berlaku, di mana situasi sama juga dapat disaksikan ketika menentang Bournemouth, apabila Jesus menyangka dia berjaya meletakkan Arsenal 4-0 di hadapan, tetapi dinafikan oleh VAR yang memutuskan ianya adalah ofsaid.
Terdapat kisah yang sama dengan larian melencong ke arah bek tengah sebelah kiri, yang menganggap dia mempunyai bola lebih lama daripada yang sebenarnya dia miliki, sebelum ditekan oleh Jesus.
(gambar: 5) |
Cuma kali ini, penglibatan Martin Odegaard bersama Jesus, yang mana kapten The Gunners itu berjaya melorongkan bola kepada Jesus untuk tindakan penyudah, setelah tekanan dilakukan oleh penyerang Brazil itu (gambar: 5 & 6).
Namun gol tersebut dibatalkan kerana kedudukan ofsaid.
Pun begitu, aksi Jesus jelas ketara pada perlawanan itu dengan gelecekkan padu menewaskan beberapa pertahanan lawan sebelum melakukan percubaan yang dihalang, sebelum disambung oleh Martinelli dan disudahkan oleh Odegaard.
(gambar: 6) |
Jesus telah melakukan perkara ini sejak dia menyertai Arsenal lagi dan sumbangan pertamanya musim ini adalah pada hari kemenangan untuk perlawanan pembukaan liga menentang Crystal Palace.
Penyerang Brazil itu mempamerkan aksi padu dengan gelekan melepasi pertahanan Palace untuk rembatan yang dihalang, namun tindakan susulan daripada Martinelli gagal menerjah gawang lawan.
Tetapi sekali lagi, lihat dari mana peluang itu datang dan Jesus melihat hantaran lemah dari Wilfried Zaha kepada Jeffrey Schlupp.
Ketika itu, Jesus kelihatan sebagai pilihan kedua, meletakkan badannya di antara lawan dan bola, dan memenangi penguasaan bola (gambar: 7).
(gambar: 7) |
Kemudian dia melakukan gelecekan dan membuat satu percubaan (gambar: 8).
(gambar: 8) |
Sementara kita secara amnya memuji penyerang atas kerja keras dan keazaman mereka dalam situasi seperti itu, harus diingat di mana Jesus juga merupakan seorang penyerang yang mahir.
Di sini, ketika kapten Brentford, Pontus Jansson membawa bola ke hadapan (gambar: 9), Jesus melingkarkan kakinya di sekeliling pemain Sweden itu (gambar: 10) untuk mengalahkannya dan melakukan percubaan yang baik ke gawang (gambar: 11).
(gambar: 9) |
(gambar: 10) |
(gambar: 11) |
Hebat bukan?
Statistik menunjukkan bahawa Jesus bukan sahaja yang terbaik di Liga Perdana Inggeris dalam hal ini, tetapi yang terbaik dengan margin yang ketara.
Dari segi terjahan, dia telah mengalahkan lawan sebanyak 18 kali dengan perbezaan sebanyak tujuh kali berbanding penyerang tengah lain di bahagian itu.
No | Pemain | Terjahan Berjaya |
---|---|---|
1 | Jesus | 18 |
2 | Toney | 11 |
3= | Adams | 10 |
3= | Edouard | 10 |
5 | Mitrovic | 9 |
6= | Watkins | 8 |
6= | Firmino | 8 |
8= | Welbeck | 7 |
8= | Aribo | 7 |
8= | Havertz | 7 |
Perkara yang sama berlaku untuk pemintasan, yang mana ia adalah agak jarang bagi penyerang untuk memintas bola, jadi jumlah ini adalah rendah secara keseluruhan, tetapi Jesus sekali lagi berada di atas.
No | Pemain | Pintasan Berjaya |
---|---|---|
1 | Jesus | 6 |
2 | Toney | 5 |
3= | Welbeck | 3 |
3= | Son | 3 |
3= | Watkins | 3 |
6= | Podence | 2 |
6= | Antonio | 2 |
6= | Edouard | 2 |
6= | Daka | 2 |
6= | Aubameyang | 2 |
Dia juga mendahului carta dalam dua kategori lain yang berkaitan.
Yang pertama ialah jumlah kesalahan yang dilakukannya, walaupun memberikan sepakan percuma kepada pihak lawan bukanlah satu perkara yang baik.
Dan Jesus kini mengumpul empat kad kuning, kurang satu sahaja lagi untuk dia digantung (menjalani penggantungan) satu perlawanan.
Namun ia jelas menunjukkan ketabahannya dan semangat dalam memenangi semula bola, dalam erti kata lain, tidak mudah berputus asa.
No | Pemain | Jumlah Kesalahan |
---|---|---|
1 | Jesus | 24 |
2 | Toney | 21 |
3 | Adams | 16 |
4= | Mitrovic | 13 |
4= | Edouard | 13 |
6= | Solanke | 11 |
6= | Kane | 11 |
8= | Wilson | 10 |
8= | Havertz | 10 |
8= | Moore | 10 |
Dan akhir sekali, mungkin lebih positif di mana Jesus juga berada paling tinggi (atas carta) dari segi pelanggaran/kesalahan yang dimenangi.
Dia menghampiri tiga kemenangan setiap perlawanan atas kesalahan yang diterimanya (pihak lawan mengasarinya), manakala beberapa penyerang lain hampir dengan dua perlawanan (memenangi kesalahan).
Sesetengah penyerang memenangi banyak sepakan percuma kerana muslihat mereka tetapi bagi Jesus, ia lebih kepada keupayaannya untuk meletakkan badannya di antara bola dan lawan, yang menyebabkan pihak lawan terpaksa mengasarinya.
No | Pemain | Memenangi Kesalahan |
---|---|---|
1 | Jesus | 36 |
2 | Toney | 24 |
3 | Kane | 19 |
4= | Solanke | 16 |
4= | Moore | 16 |
6 | Mitrovic | 15 |
7= | Dennis | 11 |
8= | Adams | 10 |
8= | Antonio | 10 |
8= | Watkins | 10 |
Itu adalah kepentingan Jesus dalam keseluruhan fungsi pasukan, di mana Arsenal tidak begitu hebat di pertiga terakhir, yang sering tersilap melakukan hantaran.
Peluang terbaik mereka pada kedudukan 0-0 ketika bertemu Chelsea (Ahad lalu), di mana hantaran silang dari Martinelli, gagal ditanduk dengan baik oleh Jesus.
Tetapi untuk tempoh yang lama, tekanan mereka sangat baik.
Mereka menghalang Chelsea daripada menggerakkan bola ke hadapan, mengehadkan mereka kepada 0.3 peluang gol yang dijangkakan (gol).
Mereka memegangi garisan tinggi menentang kepantasan Pierre-Emerick Aubameyang, tetapi jarang bermasalah kerana mereka kekal padat pada sebagai unit.
Itu semua bermula dari tekanan Jesus dan juga dengan kemenangan bola langsungnya.
Bagaimanapun, tidak semuanya berjalan lancar untuk Jesus.
Dia gagal menjaringkan gol dalam sembilan penampilan terakhirnya untuk semua pertandingan, termasuk lima dalam Liga Perdana Inggeris.
Kelima-lima penampilan itu telah membawa 2.7 xG peluang, jadi peluang itu belum padam dan dia mungkin akan menemui sasaran semula tidak lama lagi.
Selain itu, berdasarkan prestasinya musim ini, walaupun Jesus tidak pernah menjaringkan gol lain, dia mungkin boleh melebarkan kariernya dengan berubah menjadi pemain tengah yang memenangi bola.
Penyerang Arsenal ini mungkin gagal menjaringkan gol, namun sumbangan beliau kepada kemenangan pasukan sangatlah besar.
Ini dapat disaksikan pada pertemuan menentang Chelsea di mana beliau mengetuai barisan depan untuk melakukan tekanan (pressing) dengan sangat baik.
Hasilnya, dia berjaya memaksa pertahanan tengah Chelsea untuk bermain bola ke kawasan yang luas di mana Arsenal boleh memenangi bola semula.
Arsenal turut melakukan 16 high turnovers dan menukar empat daripadanya menjadi percubaan.
The Gunners tidak pernah melakukan perkara itu lebih banyak dalam mana-mana perlawanan musim ini.
*High Turnovers : Bilangan [ berapa kali ] pasukan memenangi penguasaan dalam permainan terbuka dalam jarak empat puluh meter dari gol lawan.