Martinelli dikecam, dianggap tidak menghormati bolasepak.

"Oh, ia adalah Edu... !" - Keputusan mengenai kemasukkan pemain Arsenal untuk skuad kebangsaan Brazil dikecam dan dilabel sebagai jenaka serta tidak menghormati bolasepak.

Kemasukkan penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia 2022 di Qatar mendapat reaksi berbeza  daripada media tempatan, dengan ada yang meluahkan rasa positif dan juga ada pihak tidak begitu senang dengannya.

Kebanyakan wartawan tempatan mengakui bahawa pemain berusia 21 tahun itu sememangnya mengharungi musim yang hebat bersama The Gunners dan telah melakukan sesuatu untuk layak mendapat tempat itu.

Namun, sesetengah pakar (pundit) percaya pemain lain telah menunjukkan lebih banyak lagi sejak beberapa tahun lalu.

Penyampai ataupun hos rancangan Os Donos da Bola untuk TV Bandeirantes, Neto adalah salah seorang daripada mereka, kerana dia telah mengatakan bahawa, ia amat memalukan jika Tite tidak membawa bintang Flamengo, Gabriel Barbosa ke Piala Dunia.

Dengan Martinelli kini berada dalam senarai skuad kebangsaan Brazil untuk kejohanan paling berprestij di dunia, bintang Arsenal itu akhirnya menjadi orang yang diselar kerana mengambil tempat Gabigol.

Gabriel Barbosa Almeida, lebih dikenali sebagai Gabigol atau Gabi, merupakan penyerang untuk kelab Flamengo dikatakan lebih layak ke Qatar berbanding bintang muda Arsenal, Martinelli.

“Ini memalukan, lawak! 

"Saya berasa malu! 

"Bukan kerana cerita Dani Alves. 

"Apa cerita [rekod] Martinelli? 

"33 jaringan dalam kariernya. 

"Ini memalukan, tidak menghormati bolasepak. 

"Ia menunjukkan betapa kotornya bolasepak, ia tidak bermaruah. 

"Ia berlaku kepada saya dan anda (Velloso) kerana kami tidak pergi ke Piala Dunia kerana kami tidak bermain di Rio de Janeiro," kata Neto dipetik melalui ESPN Brazil.

"Melakukan ini dengan bolasepak menunjukkan bahawa anda tidak layak untuk jawatan yang anda pegang.

"Memanggil Martinelli dan tidak memanggil Gabigol adalah tidak wajar, kurang rasa hormat.

“Amat memalukan kepada semua yang dipanggil. 

"Memanggil [menyenaraikan] Martinelli menunjukkan bahawa anda, Tite, tidak sepatutnya memegang jawatan yang anda pikul, kerana anda tidak berlaku adil kepada Gabigol.

"Pemain yang menjaringkan lima gol pada musim ini, yang berjalan di sekitar pusat membeli-belah di sini, tiada siapa yang mengenali siapa dia [Martinelli]… 

"Dan tidak mengambil Gabigol, pemain yang menjaringkan gol untuk gelaran Libertadores, yang menjaringkan 29 gol pada musim ini.

Di Brazil, selalu ada mitos tentang pasukan kebangsaan yang bekerja sebagai 'pentas pertunjukkan' untuk pemain terlibat dalam perpindahan besar, seolah-olah terdapat semacam perjanjian rahsia antara jurulatih dan ejen.

Neto kini mencadangkan bahawa Martinelli mungkin telah dibawa ke Piala Dunia hanya kerana Arsenal, yang menggaji Edu Gaspar, boleh menjualnya dengan jumlah yang besar. 

Dia menyokong teorinya dengan fakta bahawa penyelaras pasukan kebangsaan Brazil, Juninho Paulista, yang merupakan bekas penyerang kelab yang turut memiliki Ituano.

"Saya ragu bahawa Martinelli tidak akan dijual dari Arsenal! 

"Dan berapa banyak yang akan diambil oleh Ituano, yang menjadi milik Juninho Paulista? 

"Dan siapa yang membawa Tite ke pasukan kebangsaan? 

"Edu Gaspar! 

"Dan siapa Pengarah Bolasepak Arsenal? 

"Oh, ia adalah Edu!"

Martinelli bukan satu-satunya pemain Arsenal yang berjaya menyertai skuad Brazil, kerana Gabriel Jesus turut berada dalam senarai itu. 

Bekas pemain Manchester City itu gagl menjaringkan sebarang gol pada Piala Dunia 2018, walaupun merupakan pemain nombor sembilan pasukan kebangsaan. 

Itulah sebabnya dia juga tidak terlepas daripada menerima kecaman, terutamanya untuk kemarau gol semasanya bersama The Gunners.

Duo Arsenal yang menjadi mangsa kecaman Neto.

"Apa yang telah Martinelli lakukan dalam bolasepak Eropah? 

"Arsenal tidak berada dalam Liga Juara-Juara!

"Ini adalah musibah! Ia amat memalukan!

"Berapa banyak gol yang telah dijaringkan oleh Gabriel Jesus dalam perlawanan terakhir ini? 

"Oh, tiada. 

"Dan dalam Piala Dunia? 

"Kosong. 

"Berapa banyak gol yang dia telah jaringkan dalam perlawanan kelayakan? 

"Kosong. 

"Dia tidak menjaringkan gol dalam lapan perlawanan. Jadi belum masanya!"

BACA: Martinelli mempunyai lebih kualiti dari Firmino.

Neto nyata tidak berpuas hati dengan pemilihan skuad kebangsaan Brazil yang di buat Tite.

Post a Comment

Previous Post Next Post