Mikel Arteta minta maaf.

Pengurus  FC Zurich mendedahkan bahawa Mikel Arteta telah meminta maaf atas tindakannya, mendakwa pengurus Arsenal menghasut pemainnya dan bersikap keterlaluan.

Arsenal mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas FC Zurich dalam saingan Europa League awal bulan ini dan kemenangan itu mengesahkan kedudukan teratas The Gunners dalam carta kumpulan (Kumpulan A).

The Gunners tampil lebih hebat daripada lawan mereka dan gol separuh masa pertama Kieran Tierney akhirnya membawa kemenangan buat pasukan Utara London.

Semasa perlawanan tersebut, pengurus  Arsenal Mikel Arteta dilihat sering menjerit memberi arahan kepada pemain-pemainnya dan menurut Tipsbladet , pengendali FC Zurich, Bo Henriksen percaya tindakan pengurus kelab Utara London itu 'terlalu liar dan agresif'. 

Pengendali kelab Denmark itu nyata tidak berpuas hati dengan tindaan Arteta semasa perlawanan, tetapi dia tidak dapat melakukan apa-apa terhadap jurulatih Arsenal itu.

"Kami mempunyai bebepa kontroversi dalam perlawanan itu, di mana saya fikir dia [Arteta] sepatutnya melakukan bebepa perkara secara berbeza kerana dia menghasut pemainnya.

"Tetapi seperti individu yang hebat, dia datang selepas perlawanan dan meminta maaf," katanya kepada Tipsbladet.

Laman itu itu menyatakan permohonan maaf pengurus The Gunners itu telah diterima serta merta oleh Henriksen, yang mana dia  telah mendedahkan perbualannya dengan Arteta.

"Saya memberitahunya bahawa begitulah kehidupan, tetapi ia adalah hebat bahawa dia akan datang [berjabat tangan dan meminta maaf].

"Saya pun menyuruh agar dia bertenang sedikit. 

"Saya mempunyai lebih banyak kesilapan daripada yang dia boleh impikan. 

"Ia adalah pertemuan yang hebat dengan seorang lelaki berkelas dan bertenaga. 

"Dia mempunyai banyak perkara menakjubkan," jelas Henriksen.

FC Zurich hanya memenangi satu daripada enam perlawanan peringkat kumpulan mereka dalam saingan Europa League musim ini, yang menyebabkan mereka menamatkan cabaran di tangga tercorot Kumpulan A.


Post a Comment

Previous Post Next Post