Arteta mahu menandatangani pemain yang mampu memberi saingan serta 'back up' kepada Martineli dan Saka, dengan pemain berusia 23 tahun telah dikenal pasti sebagai pilihan perpindahan Arsenal.
Samuel Chukwueze dari Villarreal telah muncul sebagai pemain sasaran untuk pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menurut laporan dari Sepanyol.
Pemain sayap itu telah menjaringkan tiga gol dan mencatatkan empat bantuan daripada 20 perlawanan musim ini.
Walaupun tidak mempunyai statistik yang mengagumkan, namun profilnya sentiasa menarik buat The Gunners dan pasukan Liga Perdana Inggeris yang lain kerana kepantasan serta kepelbagaian pemain berusia 23 tahun itu.
Demikian menurut Fichajes, yang mengatakan Arsenal berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa Nigeria itu.
Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka adalah pemain sayap pilihan utama yang kini berada di tangan Arteta.
Bagaimanapun pengurus Arsenal itu mahu membawa masuk pemain sayap baharu, terutamanya untuk menyediakan perlindungan dan persaingan untuk kedua-dua Martinelli dan Saka.
Di sinilah tempat pemain Villareal itu dilihat sesuai dan dia boleh menjadi pilihan untuk The Gunners.
Ia didakwa Arteta adalah peminat gaya permainan Chukwueze dan melihat pemain itu sebagai ideal untuk rancangannya di Arsenal.
Chukwueze boleh bermain di bahagian sayap kanan dan kiri serta tengah dengan banyak pergerakan (mobility). |
Penyerang itu mempunyai baki lebih 18 bulan dalam perjanjian semasanya dengan pasukan La Liga itu.
Menurut laporan itu, terdapat kemungkinan untuk Chukwueze boleh meninggalkan Villarreal dengan harga sekitar €40 juta pada musim panas akan datang.
Fichajes menyebut Arsenal mempunyai pilihan lain antaranya Yeremy Pino (Villarreal), Wilfried Zaha (Crystal Palacel), Miguel Almiron (Newcastle United), Mykhaylo Mudryk (Shakhtar Donetsk) dan Facundo Torres (Orlando City).