Penarafan pemain baharu Arsenal yang di bawa masuk musim panas.

Arsenal membawa masuk beberapa muka baharu pada jendela perpindahan musim panas dan berikut adalah penarafan kami mengenai mereka.

Aksi Liga Perdana Inggeris berehat seketika bagi memberi laluan kepada kejohanan Piala Dunia Qatar 2022, yang akan membuka tirainya pada 21 November ini (tarikh Malaysia).

Arsenal ketika ini berada di puncak liga dengan agak selesa setelah memiliki kelebihan lima mata mengatasi pencabar terdekat, Manchester City yang berada di tangga kedua dengan 32 mata.

Kedudukan ini pastinya mengembirakan peminat dan penyokong The Gunners setelah kali terakhir pasukan Arsenal menduduki puncak carta liga pada Krismas adalah pada musim 2007/08.

Skuad kendalian Mikel Arteta hanya kehilangan lima mata daripada 14 perlawanan pembukaan musim ini sebelum rehat Piala Dunia dan kini mendahului lima mata ke atas juara bertahan Manchester City berikutan kemenangan 2-0 Sabtu ke atas Wolverhampton Wanderers.

Tiada sebarang rahsia untuk permulaan hebat Arsenal dalam kempen kali ini melainkan kepercayaan sepenuhnya kepada Arteta, menyingkirkan 'pemain tidak berguna' dan peningkatan secara menyeluruh, yang semuanya menjadi faktor penyumbang kebangkitan The Gunners.

Pun begitu pembelian bijak pada pasaran perpindahan juga memainkan peranannya.

Antara pemain yang dibawa masuk Arsenal pada musim panas adalah:

  • Gabriel Jesus: Manchester City, £47.5 juta.
  • Oleksandr Zinchenko: Manchester City, £31.5 juta.
  • Fabio Vieira: Porto, £31.5 juta.
  • Matt Turner: New England, £5.7 juta.
  • Marquinhos: Sao Paulo, £3.15 juta.

Di sini, kami menilai semua pemain baharu yang dibawa masuk Arsenal pada musim panas menjelang rehat Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kita mulakan dengan penjaga gol baharu The Gunners, Matt Turner.

Turner membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 31 Januari 2021, untuk pasukan kebangsaan Amerika Syarikat ketika menentang Trinidad dan Tobago dalam perlawanan persahabatan.

Pada perlawanan tersebut, dia berjaya mencatatkan rekod bersih, menyelamatkan sepakan penalti Alvin Jones.

Prestasinya mula menjadi bualan selepas kejohanan Piala Emas CONCACAF 2021, di mana Turner bermula dalam kesemua enam perlawanan untuk Amerika Syarikat.

Dia mencatatkan lima perlawanan tanpa dibolosi, termasuklah dalam kemenangan 1-0 menentang Mexico di final.

Atas prestasinya itu, dia telah dianugerahkan "Penjaga Gol Terbaik" pada kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, penjaga gol utama Amerika Syarikat ini tidak menyertai Arsenal untuk menyingkirkan pemain nombor satu The Gunners, Aaron Ramsdale.

Peluang dalam pertandingan piala domestik dan Liga Europa akan menjadi sasaran utama Turner, dan dia hanya membuat empat penampilan dalam pertandingan kedua tertinggi di benua Eropah setelah terlepas aksi untuk saingan Piala EFL.

Sejak bolos ketika aksi pertama Liga Europa menentang FC Zurich, Turner telah mengekalkan rekod bersih tanpa bolos berturut-turut untuk tiga perlawanan seterusnya, menentang PSV Eindhoven dan  Bodo/Glimt (di tempat lawan dan di laman sendiri).

Bagaimanapun dia tidak mengambil bahagian dalam dua perlawanan Europa terakhir Arsenal (menentang PSV Eindhoven dan FC Zurich).

Secara keseluruhan, Turner tampil agak mengagumkan dengan kualiti pengedaran dan pengendalian sebagai penjaga gol.

Bekas penjaga gol Amerika Syarikat, Brad Friedel telah mendakwa bahawa Turner terlalu bagus sebagai penjaga gol untuk duduk di bangku simpanan minggu demi minggu dalam Liga Perdana Inggeris.

Malah beliau percaya bahawa minat terhadapnya boleh meningkat jika Turner menikmati tempoh positif sepanjang Piala Dunia nanti.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, Arteta boleh bertenang dengan mengetahui bahawa dia mempunyai sandaran yang cekap untuk Ramsdale.

Gred: B

Pemain pertahanan baharu Arsenal yang dibawa masuk - Oleksandr Zinchenko

Ia bukanlah musim Arsenal tanpa sedikit kecederaan yang mengecewakan di sana-sini dan Oleksandr Zinchenko telah terlepas lebih banyak perlawanan untuk kelab berbanding jumlah yang mampu dia bermain.

Setakat ini, dia telah membuat sembilan penampilan untuk The Gunners dan terlepas 12 perlawanan untuk kesemua pertandingan ekoran kecederaan.

Tetapi dia telah memulakan kempen dengan begitu sempurna dengan mencipta bantuan pertama musim baharu liga untuk Gabriel Martinelli ketika menentang Crystal Palace.

Arsenal kelihatan sedikit bermasalah pada bahagian tengah selama beberapa bulan dan sementara Arteta memandang Zinchenko sebagai bek kiri, keupayaan pemain Ukraine itu untuk membantu meringankan beban pada ruang tengah adalah kualiti yang menonjol.

Zinchenko sentiasa bersedia untuk menjadi pemain tengah dan menyalurkan kualitinya ketika diperlukan ataupun ketika membuat kerja-kerja sandaran (backup) dalam perlawanan.

Dia adalah bek kiri pilihan utama Arteta, walaupun Kieran Tierney telah mempamerkan beberapa persembahan menarik dalam Liga Europa, dan kekal cergas untuk separuh kedua musim ini.

Zinchenko mungkin mendapat penarafan lebih tinggi sekiranya dia tidak terganggu dengan kecederaan.

Gred: B-

Pemain sayap - Marquinhos.

Bintang muda Brazil, Marquinhos tidak begitu menikmati trajektori awal karier seperti rakan senegaranya, Martinelli sejak berpindah dari Sao Paulo pada musim panas.

Persembahan di peringkat remaja meyakinkan kakitangan Arsenal untuk memberikan Marquinhos peluang dalam pasukan utama pada separuh pertama musim ini.

Dan dia memulakan permulaan dengan baik apabila menjaringkan gol dan mencipta satu bantuan ketika menentang Zurich dalam Liga Europa, pada penampilan pertamanya yang kompetitif.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu tidak dapat mengulangi persembahan menyakinkan dalam empat perlawanan berikutnya dan Arteta hanya memeberikan satu minit aksi Liga Perdana Inggeris kepadanya setakat ini.

Marquinhos telah menjaringkan empat gol dan dua bantuan dalam lima perlawanan Liga Perdana 2 untuk pasukan Bawah 21 tahun, tetapi kini terdapat penerimaan bahawa dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk pasukan utama Arsenal.

Gred: D

Pemain tengah menyerang - Fabio Vieira.

Pembelian entah dari mana, Fabio Vieira mengalami gangguan pramusim bersama Arsenal akibat kecederaan dan ia tidak menghairankan bahawa pemain Portugal itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan corak fizikal Liga Perdana Inggeris, terutamanya dengan tubuh kecilnya.

Dua gol dan dua bantuan dalam 15 perlawanan bukanlah rekod buruk untuk Vieira dalam apa cara sekalipun, tetapi jangkaan mungkin telah ditetapkan terlalu tinggi berikutan jaringan menakjubkannya menentang Brentford untuk gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris pada bulan September lalu.

Vieira belum memulakan perlawanan Liga Perdana sejak kemenangan 3-0 itu, tetapi dia menjadi pemain utama Arteta apabila Xhaka dikeluarkan di Molineux dan melakukan larian bijak sebelum melakukan hantaran untuk gol pembukaan Martin Odegaard.

Bagaimanapun, bekas pemain Porto itu juga mempunyai persembahan yang kurang memberangsangkan terutamanya ketika kekalahan Arsenal dalam saingan Piala EFL kepada Brighton & Hove Albion.

Dan itu menjelaskan bahawa dia masih memerlukan dan akan mengambil sedikit masa untuk pemain tengah serba boleh itu tampil cemerlang di Utara London.

Tanda-tanda potensi sudah ada untuk pemain berusia 22 tahun itu, yang merupakan pilihan berguna untuk diturunkan dari bangku simpanan, tetapi persembahan baru-baru ini telah menyebabkan beberapa penyokong Arsenal lebih terharu daripada terlalu gembira.

Gred: C+

Penyerang baharu - Gabriel Jesus.

Meminta Gabriel Jesus memainkan peranan sebagai penyerang dengan 20 gol dalam satu musim mungkin merupakan permintaan yang terlalu besar untuk bekas pemain Manchester City itu, yang kemarau golnya baru-baru ini mungkin secara tidak adil mendominasi tajuk berita.

Walaupun Arteta pastinya ingin melihat rentak yang lebih kejam daripada pemain Brazil itu, yang hanya menjaringkan lima gol dalam 20 perlawanan setakat ini, namun pengurus Arsenal itu sentiasa gembira dengan kerja Jesus di seluruh padang.

Jesus mempunyai tujuh bantuan untuk digandingkan dengan lima golnya musim ini, dan dia telah tampil dengan begitu memukau, dengan kebolehannya mencipta peluang sendiri, menggelecek lawan di dalam dan sekitar kawasan penalti dan sentiasa memainkan peranan besar dalam permainan membina Arsenal. 

Pemain berusia 25 tahun itu kini telah mengharungi 11 perlawanan tanpa menjaringkan gol, yang pastinya merupakan statistik yang membimbangkan, tetapi Arteta tidak mengambil berat tentang perkara itu dengan gol Arsenal dikongsi di sekeliling pasukan.

Membawa kualiti permainan, mentaliti kemenangan dan intensiti ke tempat nombor sembilan yang telah tiada dalam barisan The Gunners untuk beberapa lama, Jesus sudah pasti menjadi pembelian yang cemerlang setakat ini.

Gred: A

Post a Comment

Previous Post Next Post