Southampton 'telah memutuskan' untuk memecat Ralph Hasenhuttl.

Ralph Hasenhuttl hanya sebulan sahaja lagi untuk menyambut ulang tahun keempatnya sebagai pengurus The Saints, namun perkara tersebut mungkin tidak sempat diraikan.

Southampton menduduki tangga ke-18 dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas tewas 4-1 kepada Newcastle pada hari Ahad dan kelab itu kini bersedia untuk membawa masuk pengurus baharu menggantikannya. 

Menurut laporan terkini The Athletic, berikutan keputusan itu (kekalahan kepada Newcastle), Southampton kini telah memilih untuk memecat Ralph Hasenhuttl kerana mereka berharap dapat mengubah nasib kelab itu. 

Keputusan itu akan dibuat sama ada semasa rehat Piala Dunia atau sebelum pertembungan mereka dengan Liverpool di Anfield Sabtu depan. 

Kedudukan 5 pasukan tercorot liga ketika ini.

Ketika ditanya sama ada dia (Hasenhuttl) telah menguruskan perlawanan terakhirnya untuk Southampton pada hari Ahad, pengendali berusia 55 tahun itu berkata: 

“Saya telah membuat banyak keputusan dalam tempoh saya di sini. 

"Syukurlah, saya tidak perlu membuat keputusan itu.

"Saya tidak boleh mengatakan usaha itu tidak ada, tetapi pada masa ini kami tidak mengambil kesempatan untuk usaha itu di atas padang." 

Hasenhuttl mengambil alih tugas pengurus di Southampton pada Disember 2018, selepas dia meninggalkan RB Leipzig dan mengekalkan The Saints dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak itu. 

Bagaimanapun, rekod semasanya dengan tiga kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan dalam 14 perlawanan pembukaan musim ini, bermakna pihak tertinggi The Saints percaya sudah tiba masanya untuk mereka mendapatkan nafas baharu.

Post a Comment

Previous Post Next Post