€50 juta untuk bawa balik bekas pemain.

Arsenal boleh membawa kembali bekas pemain ke Stadium Emirates dengan menebus klausa pelepasan berjumlah €50 juta.

Awal bulan ini, Niccolo Ceccarini dari TuttoMercatoWeb menyatakan Ismael Bennacer dari AC Milan mempunyai beberapa calon di England dengan Arsenal dikatakan pasukan terbaik untuk memilikinya.

Pemain tengah itu menghabiskan 18 bulan di Utara London sebelum meninggalkan Arsenal untuk menyertai Empoli pada Januari 2017. 

AC Milan kemudiannya menandatangani Bennacer pada 2019 dan mengikatnya dengan perjanjian selama lima tahun.

Setelah meninggalkan Arsenal lebih lima tahun lalu, Corriere dello Sport menyatakan Liga Perdana Inggeris boleh menjadi tarikan untuk pemain berusia 25 tahun itu.

The Gunners adalah antara peminatnya dan boleh membawa pemain antarabangsa Algeria itu pergi dari San Siro dengan mencetuskan klausa pelepasan €50 juta, yang hanya terpakai untuk kelab luar.

Dakwaan ini turut dilaporkan oleh akhbar sama dua tahun lalu.

Laporan Corriere dello Sport dua tahun lalu (2020).

Hari ini, Corriere menjelaskan angka yang disebut dalam klausa itu adalah tidak mengejutkan bagi pihak Mikel Arteta, yang telah pun mendekati ejennya.

Rossoneri, bagi pihak mereka, juga telah bergerak untuk memastikan masa depan jangka panjangn pemain mereka itu.

Selepas mengadakan perbincangan dengan pemain itu semasa jelajah Dubai, mereka mengadakan pertemuan dengan ejennya, Enzo Raiola, di ibu pejabat kelab pada hari Rabu.

Bennacer mempunyai keputusan untuk dibuat sama ada menandatangani perjanjian baharu di Milan atau berpindah ke Liga Perdana Inggeris, di mana Arsenal telah pun menghubungi wakilnya.

Laporan terkini Corriere dello Sport (22 Disember 2022)

Post a Comment

Previous Post Next Post