Newcastle tampil sebagai saingan Arsenal untuk Mykhaylo Mudryk.

Rundingan Arsenal untuk menandatangani Mykhaylo Mudryk diteruskan dengan perjanjian dilihat rumit pada Januari ketika Newcastle tampil menjadi saingan kuat.

Sejak beberapa bulan lalu, jelas bahawa Arsenal telah menjadi pendahulu apabila kisah perlumbaan untuk mendapatkan Mykhaylo Mudryk dari Shakhtar Donetsk diperkatakan.

Terdapat begitu banyak laporan dikeluarkan mengenai Mikel Arteta mahukan pemain itu pada bulan Januari, tetapi pihak Ukraine tidak akan melepaskannya dengan mudah.

Selain itu, terdapat persaingan kuat dengan Newcastle United turut berada dalam perlumbaan untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

The Magpies tidak mahu ketinggalan setelah mereka kini berada di tangga ketiga liga dan mahu meneruskan prestasi cemerlang itu sejurus liga disambung semula setelah rehat Piala Dunia berakhir.

Sama ada mereka berbelanja besar pada bulan Januari masih belum dapat dilihat, tetapi pastinya mereka mahu melakukan beberapa penambahbaikan untuk skuad Eddie Howe, yang mahu memastikan mereka kekal berada dikalangan empat teratas.

Berita mengenai Newcastle berusaha keras untuk menandatangani Mudryk hadir daripada wartawan Perancis, Ignazio Genuardi, yang mendedahkan keadaan terkini melalui ciapan di laman Twitternya.

Dia menyatakan bahawa Arsenal masih mengekalkan hubungan mereka untuk sebarang potensi atau kemungkinan perpindahan pemain antarabangsa Ukraine itu, tetapi keadaan tersebut kekal rumit.

Genuardi turut menjelaskan bahawa perbincangan mengenai perpindahan itu 'telah diteruskan minggu lepas', tetapi The Gunners sedar bahawa terdapat kelab lain yang turut berminat terdahap pemain itu dan saingan kuat datang dari Newcastle, terutamanya.

Satu yang perlu diperhatikan, dengan laporan baru-baru ini mendakwa pemain itu boleh dijual pada harga serendah €35 juta, walaupun terdapat tuntutan daripada Shakhtar yang mereka mahukan lebih banyak lagi untuk bintang mereka itu.

Nilai tersebut dilihat tidak menjadi masalah kepada The Gunners apatah lagi Newcastle, yang mempunyai kuasa kewangan besar setelah diambil alih oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF).

Post a Comment

Previous Post Next Post