PSG kekal tumpuan terhadap Saliba.

Kelab Perancis masih mengekalkan hubungan dengan ejen kepada bintang Arsenal, namun Arteta lebih menghargainya.

Walaupun menjadi pemain permulaan yang tetap di Arsenal dan juga salah seorang pemain yang paling banyak digunakan dalam Liga Perdana Inggeris oleh Mikel Arteta, namun kisah bahawa William Saliba boleh meninggalkan Emirates tidak boleh diabaikan sama sekali.

Bek tengah itu kembali daripada tempoh pinjaman di Marseille dengan penampilan mantap dan jauh lebih maju, dan perkembangan itu meyakinkan Arteta untuk memberinya peluang sebagai ahli pasukan utama The Gunners musim ini.

Saliba tidak menoleh ke belakang sejak itu, membentuk gandingan hebat di pertahanan tengah Arsenal bersama Gabriel Magalhaes, dengan The Gunners kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris, lima mata di depan Manchester City.

Namun begitu, kisah perpindahannya terus dilaporkan dengan Paris Saint-Germain (PSG) menjadi pasukan terkini yang sedang memantau dan berhasrat untuk menandatanganinya.

Kisah tersebut dilaporkan oleh Media Foot yang mengeluarkan kisah terkini mengenai Saliba pada petang Khamis lalu.

Laman media Perancis itu, sebagai eksklusif, menyatakan pasukan Ligue 1 'terus mengekalkan hubungan dengan wakil pemain' berhubung potensi perpindahan musim panas akan datang.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, Saliba berhasrat untuk menamatkan musim yang hebat bersama Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Tetapi kekurangan masa permainannya di Piala Dunia telah menyebabkan dia 'mempertimbangkan semua kemungkinan' untuk masa depannya.

Antaranya, di sudut fikirannya, Saliba didakwa menyedari bahawa kembali ke Perancis boleh membenarkan dia mengoptimumkan peluangnya untuk bermain di kejohanan Euro seterusnya dan menjadi pemain tetap untuk pasukan kebangsaan.

Namun, jelas bahawa sebarang perpindahan keluar dari Arsenal akan menjadi sukar kerana Arteta lebih menghargainya dan Paris Saint-Germain tidak mempunyai cara untuk melakukan tawaran gila, bagi mendapatkannya yang ketika ini masih mempunyai kontrak bersama The Gunners sehingga 2024.

Ia juga menyebut bahawa Saliba akan menjadi pemain pilihan 'homegrown' untuk kelab Perancis itu, tetapi itu masih memerlukan mereka untuk membelinya, yang sebenarnya bukanlah satu jaminan.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut wartawan CBS Jonathan Johnson, beliau mendakwa bahawa Arsenal merancang untuk menawarkan kontrak baharu kepada Saliba dalam masa terdekat dengan lanjutan kontrak untuk lima musim lagi. 

Itu akan mengekalkan pemain berusia 21 tahun itu di Stadium Emirates sehingga 2028.

Post a Comment

Previous Post Next Post