Rancangan istimewa Arsenal dalam masa terdekat.

"Kami mempunyai sesuatu istimewa yang dirancang" – bintang Arsenal menjelaskan situasi semasa The Gunners sambil memuji Mikel Arteta.

Pemain tengah, Granit Xhaka menegaskan bahawa Arsenal mempunyai sesuatu yang istimewa dirancang di kelab itu dalam masa terdekat.

The Gunners kini menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 15 perlawanan, memenangi 13 perlawanan setakat ini dan hanya tewas sekali.

Mereka berada lima mata di depan Manchester City, setelah mengekalkan status mereka di tangga teratas dengan kemenangan selesa 3-1 ke atas West Ham dalam perlawanan pertama mereka selepas rehat Piala Dunia.

Kedudukan terkini Top 6 EPL.

Walaupun terdapat kepercayaan yang semakin meningkat bahawa Arsenal adalah pencabar serius untuk merebut kejuaraan musim ini, namun kini ramai yang meragui kemampuan mereka untuk meneruskan rentak kecemerlangan, terutamanya selepas kehilangan penyerang sensasi Gabriel Jesus akibat kecederaan jangka panjang.

Bagaimanapun, The Gunners berjaya melenyapkan keraguan itu dengan mencatatkan kemenangan ke atas West Ham dan kelihatan berminat untuk meneruskan kemajuan mereka pada Januari dengan pemain besar seperti Mykhailo Mudryk.

Masa depan pemain tersebut pastinya kelihatan cerah di bawah kepimpinan Mikel Arteta dan dibantu oleh Granit Xhaka, yang tidak diragui lagi bahawa dia dan rakan-rakannya akan membawa Arsenal ke arah yang betul.

"Sudah tentu, saya gembira kerana kami berada di landasan yang sangat baik di Arsenal," katanya kepada Nachrichtenagentur Keystone.

"Saya berasa benar-benar tenang dan menikmati keyakinan yang besar di sana [Arsenal]. 

"Kami mempunyai sesuatu yang istimewa dirancang di London.

"Kami membincangkan segala-galanya [dengan Arteta mengenai Piala Dunia], ya. 

"Dia boleh membaca saya seperti orang lain. 

"Mikel tahu bagaimana rasanya kekalahan (ditewaskan). 

"Dia merasakan betapa sakitnya saya dengan cara saya tersingkir (di Qatar). 

"Tetapi terdapat banyak lagi cabaran dan kejohanan lain. 

"Saya akan mengambilnya."

Adakah rancangan istimewa Mikel Arteta dan Arsenal dalam masa terdekat adalah untuk membawa masuk pemain ternama baharu pada jendela Januari ini?

Dan adakah pemain itu adalah Mykhailo Mudryk?

Sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post