Shakhtar Donetsk masih tidak membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak tawaran Arsenal.
The Gunners kemungkinan membawa masuk seorang pemain baharu dalam beberapa minggu akan datang setelah kuat diperkatakan mengenai perpindahan Mykhaylo Mudryk dari Shakhtar Donetsk.
Pemain sayap itu telah menjadi sasaran Mikel Arteta sejak beberapa bulan lalu dan ia dilaporkan dengan jelas oleh beberapa pihak di Ukraine bahawa The Gunners memburu pemain sayap itu.
Dua minggu lalu, terdapat pendedahan bahawa Arsenal sememangnya berminat terhadap pemain berusia 21 tahun itu,dengan Timbalan Pengarah Sukan Shakhtar Donetsk telah mengesahkannya.
Perkara bergerak maju ke hadapan dan pada minggu lalu, ESPN mengatakan bahawa Arsenal telah membuat tawaran baharu untuk pemain itu sekitar €45 juta dan ditambah dengan bayaran bonus menjadikan jumlah keseluruhan bernilai €65 juta.
Namun difahamkan, Shakhtar Donetsk tidak berminat untuk menerimanya.
Pun begitu, menurut TuttoMercatoWeb, yang membawa berita terkini mengenai situasi pada hari Rabu, mereka menjelaskan bahawa tawaran Arsenal itu adalah kurang €20 juta daripada apa yang diharapkan Shakhtar.
Berbeza dengan laporan terdahulu yang mana Arsenal menawarkan €45 juta dan ditambah bonus menjadikan €65 juta, TuttoMercatoWeb pula melaporkan bahawa The Gunners hanya menawarkan €40 juta.
Menurut laporan itu lagi, kelab Ukraine itu meminta kira-kira €60 juta dan perkara itu mungkin akan dipersetujui pada harga yang lebih rendah.
Ini kerana terdapat jangkaan dalam masa terdekat di mana keadaan bakal berubah, dengan Arsenal dilaporkan akan menaikkan tawaran kepada sekitar €50 juta.
Tawaran itu adalah perkara yang Shakhtar masih belum membuat sebarang keputusan, sama ada untuk menerima atau tidak, dan mungkin kemasukan beberapa bonus lagi boleh membantu.
TuttoMercatoWeb menyatakan perkara itu (perpindahan atau pembelian Mykhaylo Mudryk) adalah satu keutamaan dan ia dalam perancangan Arsenal.
Malah jurang tawaran ataupun nilai antara perpindahan akan menyaksikan kedua-dua kelab mungkin berubah (menurun) tidak lama lagi.
Sehingga kini, Mudryk telah menjaringkan 10 gol dan mencipta lapan bantuan dalam 18 perlawanan, dalam kesemua pertandingan musim ini.
BACA: Rancangan istimewa Arsenal yang dirancang dalam masa terdekat.