Akhir bulan ini.

Pengurus percaya perpindahan pemain ke Stadium Emirates akan diselesaikan pada akhir Januari dengan harga perpindahan yang berpatutan.

Pengurus Ukraine yang terkenal, Vyacheslav Groznyi telah menyokong Mykhaylo Mudryk untuk menyertai Arsenal dan percaya urusan perpindahannya ke Emirates akan diselesaikan pada penghujung bulan ini.

Mudryk telah banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal sejak beberapa bulan lalu dan perkara tersebut semakin hangat diperkatakan setelah jendela Januari dibuka.

Pemain berusia 22 tahun itu telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang bintang bolasepak dunia yang semakin meningkat dengan persembahannya bersama Shakhtar Donetsk.

Musim ini, dia telah berjaya menjaringkan tujuh gol dan enam bantuan gol dalam 12 penampilan untuk liga serta mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Juara-Juara, dengan tiga gol dan dua bantuan dalam enam perlawanan.

Perkara dan perkembangan itu disifatkan ramai pihak adalah satu siri persembahan yang mengagumkan dari pemain sayap muda itu.

Arsenal kini berusaha untuk memenangi perlumbaan yang sedang berlangsung untuk mendapatkan tandatangannya dan berpotensi mendapatkan salah satu bintang masa depan untuk skuad Mikel Arteta.

Rundingan The Gunners bersama Shakhtar nyata terbukti sangat sukar, dengan pihak Ukraine itu berdiri teguh dalam rundingan dan menuntut bayaran yang besar, sesuatu yang masih belum dapat dipenuhi oleh Arsenal.

Pun begitu, terdapat keyakinan bahawa perjanjian itu akan diselesaikan pada satu tahap dan pengurus terkenal Grozny, yang telah menguruskan banyak kelab di Ukraine sejak 1987, percaya perkara itu akan berlaku.

"Apa yang boleh dikatakan di sini? 

"Mudryk mahu pergi ke Arsenal dan Arteta mahu mewujudkan hubungan Ukraine Mudryk-Zinchenko di sayap kiri,” katanya kepada UA Football.

"Dia akan bermain serta-merta! 

"Kini dalam kedudukan ini, di Arsenal tiada siapa yang lebih hebat daripada Mudryk.

"Martinelli memerlukan masa untuk kembali ke tahapnya selepas Piala Dunia.

"Tiada siapa yang akan memberikan €100 juta untuk Mudryk! 

"Dan jangan gambarkan persamaan dengan Antony di sini. 

"Dia [Antony] banyak bermain untuk Ajax dan membuktikan dirinya di sana. 

"Dan Mudryk belum lagi dikenali sebagai pemain bolasepak - pemain hebat di saingan Eropah, yang menyerlag musim ini dalam Liga Juara-Juara.

"Mengenai perpindahan, saya rasa isu itu akan diselesaikan pada penghujung Januari dan untuk jumlah yang Arsenal mahukan. 

"Harganya agak berpatutan, tetapi jauh dari apa yang Shakhtar mahukan.

"Shakhtar boleh mengalah dan juga boleh menyalahkan diri mereka sendiri,

"Sekiranya Mudryk tidak dijual kepada Arsenal sekarang dan mereka tidak akan menerima jumlah itu untuknya lagi, selepas ini.

Aksi Arsenal seterusnya adalah untuk saingan Liga Perdana Inggeris selepas mereka mengesahkan tempat ke pusingan ke-4 Piala FA, setelah menewaskan Oxford United 3-0.

Lawan Arsenal di pusingan keempat nanti adalah Manchester City dan sebelum itu, Isnin ini, The Gunners akan mengharungi Derbi Utara London menentang Spurs.

Post a Comment

Previous Post Next Post