Arsenal berbincang dengan ejen Milinkovic-Savic.

Arsenal dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan ejen mengenai perpindahan pemain, di mana musim panas mungkin lebih baik daripada bulan ini.

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, masa depan Sergej Milinkovic-Savic sentiasa berlegar dalam laporan dan khabar angin mengenainya terus berterbangan serta diperkatakan.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu telah melakukan kerjanya dengan baik bersama Lazio, kelab yang disertainya sejak 2015, yang merupakan kelab ketiga yang diwakilinya untuk sepanjang karier profesional setakat ini.

Berkhidmat untuk Biancocelesti untuk tempoh yang lama, dia bukan sahaja berjaya memenangi hati peminat dan penyokong kelab Itali itu, malah dia turut menarik perhatian kelab lain di seluruh Eropah. 

Memasuki musim ke lapan bersama Lazio, masa depannya terus diperkatakan dengan terdapat dakwaan besar dari media Itali, yang biasanya laporan itu akan mengaitkan sekurang-kurangnya satu kelab Liga Perdana Inggeris dengan PSG kadang-kadang ditambah untuk menjadikan ianya lebih menarik.

Ejen pemain itu Mateja Kezman, yang pernah mewakili Chelsea pada tahun 2004 dikatakan sedang membuat beberapa rancangan dan ia termasuklah mengenai masa depan pemain itu, sekaligus terlibat untuk sebahagian besar jendela perpindahan ini. 

Kali ini, Arsenal yang sering kali dikaitkan dan media Itali seperti biasa mendakwa bahawa pasukan Mikel Arteta berada di barisan hadapan untuk menandatanganinya.

Corriere dello Sport edisi Ahad sekali lagi menyebut The Gunners dan melaporkan bahawa Arsenal serta pasukan Liga Perdana Inggeris yang tidak dinamakan, telah berhubung dan berbincang dengan Kezman.

Bagaimanapun Milinkovic-Savic mungkin kekal berada di tempatnya sekarang dan keseluruhan proses itu hanya untuk persiapan jendela perpindahan seterusnya.

Tangkap layar laporan Corriere dello Sport 8 Jan 23

Pemain tengah itu akan mencecah usia 28 tahun bulan depan dan peluangnya untuk bergerak dalam perpindahan besar semakin tipis.

Lazio mengikatnya dalam kontrak sehingga Jun 2024, jadi tiada rasa panik daripada kelab Serie A itu mengenai status kontraknya, walaupun mereka mahukan pembaharuan.

Tiada juga tekanan yang ditimbulkan, walaupun terdapat dakwaan rundingan dengan Arsenal dan pihak lain telah dijalankan.

Malah, ia dianggap bahawa ejen itu mungkin melakukan pergorbanan sekarang (tidak mahu langkah perpindahan Januari) untuk meraih faedah di kemudian hari dan melihat ke arah perpindahan pada musim panas.

Milinkovic-Savic setakat ini adalah pelanggan terbesar yang pernah diwakili oleh Kezman dan jika pemain itu mahukan langkah besarnya, yang sepatutnya wajar, maka mungkin dia perlu mendapatkan wakil lain untuk menangani situasi itu.

Pada masa ini, nilai pasaran semasa Milinkovic-Savic dianggarkan sekitar €60 juta dan telah menjaringkan lima gol serta tujuh bantuan dalam 22 penampilan musim ini bersama Lazio, dalam kesemua pertandingan.

Post a Comment

Previous Post Next Post