Arsenal dan Spurs ditawarkan pemain secara percuma.

Pemain ditawarkan kepada Tottenham dan Arsenal untuk perpindahan percuma dengan ejen mahukan pakej €50 juta.

Pertahanan Eintracht Frankfurt, Evan Ndicka telah ditawarkan kepada Arsenal dan Tottenham oleh ejennya, tetapi permintaan besar mereka mungkin menggagalkan usaha perpindahan itu.

Demikian menurut Frankfurter Rundschau, yang mengatakan ejen kelihatan 'tidak berpijak di bumi yang nyata' dalam percubaannya untuk 'mengepow' pelanggan mereka musim panas ini.

Kontrak semasa Ndicka bersama Frankfurt akan tamat pada musim panas ini dan ini juga bermakna dia bebas menandatangani pra-kontrak dengan mana-mana kelab di seluruh Eropah untuk perpindahan percuma pada musim panas nanti.

Ndicka telah dikaitkan dengan beberapa pihak berminat termasuklah kelab Liga Perdana Inggeris, yang semuanya sedang mengintai perjanjian dan tawar-menawar yang berpotensi.

Frankfurter Rundschau membuat liputan semalam dan menjelaskan bahawa walaupun kelab Jerman itu ingin mengekalkan pemain pertahanan tersebut, namun mereka tahu ia sangat sukar kerana Ndicka boleh diperolehi secara percuma dan ejennya mengharapkan 'durian runtuh'.

Walau bagaimanapun, itu terbukti menjadi perkara yang terlalu sukar untuk direalisasikan berbanding dengan apa yang ejen pemain itu bayangkan.

Ini kerana ejen tersebut bagaikan memperjudikan nasib pemain itu dan tidak realistik dalam proses itu.

Dia menawarkan pelanggannya itu di seluruh Eropah dan kepada pihak yang berpotensi, yang mana minat mereka telah berkembang dari hari ke hari, termasuklah Arsenal dan Tottenham di antara mereka.

Masalahnya ialah ejen pemain itu menawarkan pelanggannya kepada kelab-kelab tersebut pada 'harga yahudi' dan beberapa kelab telah menarik diri daripada sebarang usaha mendapatkannya.

Itu kerana ejen tersebut telah memberitahu kelab yang berminat bahawa dia memerlukan perjanjian lima tahun yang bernilai kira-kira €50 juta secara keseluruhan

Jumlah itu adalah terdiri daripada bayaran awal sebanyak €15 juta (kira-kira £13 juta) kepada pemain dan gaji tahunan sebanyak €7 juta (£6 juta).

Itu merupakan satu jumlah yang besar untuk pemain yang sepatutnya boleh didapati secara percuma dan angka itu juga telah membantu 'menakut-nakutkan' beberapa pihak yang berminat pada asalnya untuk menandatangani Ndicka.

Malah ia juga boleh disifatkan serta merupakan satu tindakan ataupun kelakuan kurang ajar dari ejen pemain itu.

Ketika ini, Ndicka menerima gaji sekitar £12,000 seminggu atau £624,000 setahun.

Obite Evan Ndicka, pertahanan tengah yang mampu beraksi pada pertahanan kiri.

Sama ada Arsenal dan Tottenham adalah antara mereka yang 'tersentak' dengan permintaan tersebut, tidak pula dinyatakan tetapi nampaknya tidak mungkin mereka akan memenuhi permintaan sedemikian dan tidak perlu berfikir panjang untuk menolaknya.

Ini bermakna Ndicka mungkin akan terlepas perpindahan yang dicarinya, dengan kemungkinan dia perlu membuat keputusan sama ada ejen yang mewakilinya itu sesuai atau tidak.

Pada masa ini, nampaknya seolah-olah tidak dan Arsenal pernah dikaitkan dengan perpindahan pemain ini sejak setahun yang lalu.

BACA: Hanya Arsenal yang dinamakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post