Arsenal buat tawaran baharu kepada Brighton & Hove Albion

Arsenal kemukakan tawaran baharu berjumlah £70 juta kepada Brighton & Hove Albion untuk Moises Caicedo.

Arsenal dilaporkan telah mengemukakan bidaan kedua bernilai £70 juta untuk pemain tengah Brighton & Hove Albion, Moises Caicedo.

Bulan ini sahaja The Gunners berjaya melengkapkan dua perpindahan apabila membawa masuk pemain sayap dan pertahanan baharu.

Jakub Kiwior dibawa dari pasukan Serie A (Spezia), untuk memberi saingan serta kekuatan tambahan kepada barisan pertahanan The Gunners dan perpindahan itu menelan belanja sebanyak £17.5 juta serta mampu berubah kepada £21 juta (termasuk bayaran tambahan).

Selain itu, The Gunners turut berjaya melengkapkan pembelian pemain sayap Brighton, Leandro Trossard, dengan bayaran yang boleh meningkat kepada £26 juta.

Bagaimanapun, pihak Mikel Arteta dilaporkan masih berminat untuk meneruskan perniagaan bersama kelab yang dimiliki oleh Tony Bloom itu, apabila berusaha menandatangani pemain tengah mereka.

Arsenal telah mengenal pasti Caicedo sebagai salah satu sasaran utama menjelang penutupan jendela perpindahan Januari dan mereka telah pun membuat tawaran awal berjumlah £60 juta, yang ditolak oleh Brighton.

Walaupun Brighton telah menyatakan bahawa mereka tidak bersedia untuk menjual Caicedo bulan ini, pemain berusia 21 tahun itu baru-baru ini menggunakan media sosial untuk menyatakan hasratnya untuk menyertai pendahulu Liga Perdana itu.

Moises Caicedo mengeluarkan rayuan untuk meninggalkan Brighton dengan kenyataan di Instagram selepas tawaran perpindahan dari Arsenal dan Chelsea ditolak Seagulls.

Sebagai tindak balas, Seagulls 'menghukum' Caicedo dengan (supaya) 'tinggal di rumah' sehingga tarikh akhir jendela perpindahan berlalu (ditutup).

Akibat daripada itu, dia terlepas perlawanan di mana Brighton berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada pusingan keempat Piala FA, Ahad lalu, di mana Kaoru Mitoma menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Menurut Sky Sports News, Arsenal telah menguji keazaman Brighton apabila mengemukakan bidaan kedua bernilai £70 juta, termasuk bayaran tambahan.

Walaupun The Gunners telah menaikkan jumlah tawaran, ternyata ianya tidak mampu untuk mengubah pendirian mereka apabila ia sekali lagi ditolak The Seagulls.

Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi, bagaimanapun menyatakan bahawa The Seagulls akan "bersedia untuk bersaing" tanpa khidmat Caicedo bersama (dalam) pasukan mereka.

Pun begitu, beliau juga mengakui bahawa mengekalkan pemain tengah itu akan meningkatkan prospek mereka untuk layak ke saingan Eropah musim depan.

Ketika ini skuad kendalian beliau berada di tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Berikutan kemenangan ketika menentang Liverpool, De Zerbi memberitahu wartawan: "Ia sudah pun menjadi sukar untuk saya sebagai jurulatih,  untuk menjadi jurulatih dan pengerusi adalah terlalu sukar.

"Caicedo adalah pemain yang sangat bagus dan saya boleh memahaminya. 

"Apabila anda berusia 21 tahun dan anda menerima permintaan daripada pasukan besar, mereka bermain dalam pertandingan Eropah, saya boleh faham.

"Tetapi saya mahu dia menamatkan musim ini bersama kami.

"(Pengerusi) Tony Bloom sangat jelas mengenai pendapat saya. 

"Kami kehilangan Trossard dan sekiranya kami juga kehilangan Caicedo, ia menjadi masalah kepada kami, jika kami mahu berjuang untuk Eropah. 

"Jika kami tidak kehilangan Caicedo, kami bersedia untuk bersaing."

Selain menarik minat Arsenal, Caicedo juga telah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Liverpool.

Bagaimanapun Brighton kekal dengan pendirian mereka untuk mengekalkan pemain itu, yang telah memulakan 18 daripada 19 perlawanan Liga Perdana bersama mereka musim ini.

Caicedo menyertai Seagulls dari Independiente del Valle pada 2021 dan telah menjaringkan dua gol serta memberikan tiga bantuan dalam 31 penampilan untuk kelab tersebut, termasuk satu gol dan satu bantuan dalam kempen semasa.

BACA: Lupakan sahaja Caicedo, baik beli Tielemans.

Post a Comment

Previous Post Next Post