Tim Sherwood menasihati Arsenal supaya tidak membazir wang untuk Caicedo dan sebaliknya menandatangani Tielemans.
Pakar Sky Sports, Tim Sherwood mengatakan bahawa Arsenal sepatutnya menandatangani (lebih baik membeli) Youri Tielemans daripada membelanjakan lebih £70 juta untuk Moises Caicedo.
The Gunners, dalam tempoh 24 jam begitu kuat dikaitkan dengan menandatangani Caicedo.
Pemain tengah Ecuador itu menjadi subjek bidaan £60 juta lebih dan sejak itu, dia memberitahu Brighton bahawa dia mahu berpindah.
Walau bagaimanapun, setakat ini, Seagulls tidak mengambil sebarang tindakan.
Sementara Caicedo dinilai tinggi dan dikehendaki oleh kebanyakkan kelab, Sherwood memberitahu Sky semalam bahawa dia beranggapan nilai tersebut terlalu tinggi untuk Arsenal (jumlah wang yang perlu dibelanjakan).
"Dia perlu melihat rakannya Bissouma di Tottenham.
"Semua orang memuji pemain ini.
"Ke mana dia akan pergi, pilih dia, Liverpool, dia berakhir di Tottenham dan dia tidak bermain.
"Kadang-kala anda boleh melihat pemain itu cemerlang ketika bersama Brighton.
"Apabila mereka melangkah dan bermain untuk kelab besar ia tidak berlaku untuk mereka," kata Sherwood.
Moises Caicedo berusia 21 tahun dan menyertai Brighton pada 1 Februari 2021. |
"Apabila semua orang cergas, dia tidak akan bermain.
"Kami melihat beberapa sorotan permainannya di sana.
"Adakah anda melihat £70 juta dalam seseorang yang boleh berlari dan melakukan hadangan di bahagian tengah?
"Julat hantarannya tidak hebat.
"Dia menjaringkan satu gol dalam beberapa kesempatan [jarang berlaku].
"Bagi saya, ia adalah wang yang sangat besar [dipertaruhkan].
"Terdapat pilihan yang lebih baik di luar sana untuk Arsenal…Tielemans, akan menjadi seorang lagi pemain Leicester yang saya jual untuk Brendan."
Jelas sekali, Sherwood percaya Caicedo agak diperbesar-besarkan pada masa ini.
Sudah tentu, angka ataupun nilai £70 juta itu biasanya adalah untuk seorang pemain bertaraf dunia yang sudah matang dan terbukti keberkesanannya.
Youri Tielemans, 25 tahun dianggap lebih berbaloi berbanding Caicedo, tambahan pula kontraknya bersama Leicester akan berakhir Jun ini (2023) |
Ia bukan untuk mempersoalkan rangkaian pencarian bakat Arsenal atau logik dalam menandatangani Caicedo, tetapi pendapat Tim Sherwood itu memang ada asasnya.
Caicedo kelihatan seorang pemain yang mempunyai harapan untuk masa depan dan dia pastinya akan menjadi lebih baik.
Tetapi apabila anda melihat pemain seperti Tielemans, yang mempunyai pengalaman Liga Perdana Inggeris dan telah memenangi trofi, nampak agak pelik untuk mengetepikannya.
Arsenal juga telah lama dikaitkan dengan Tielemans.
Oleh itu, fakta bahawa The Gunners seolah-olah berusaha untuk mendapatkan Caicedo menunjukkan bahawa mereka telah berubah hati, memandangkan Tielemans boleh didapati secara percuma musim panas ini ataupun pada harga yang jauh lebih murah sekiranya menandatanganinya sekarang (jendela Januari).