Arsenal perlu menilai situasi Flores.

"Kita akan lihat apa yang berlaku dengannya" - Ketua kelab Sepanyol mendedahkan bahawa Arsenal perlu menilai situasi pemain.

Pengarah Sukan Real Oviedo, Roberto Suarez telah mengakui Arsenal menilai situasi Marcelo Flores di kelab itu ketika dia bergelut secara pinjaman di Sepanyol.

Flores telah dipinjamkan kepada pasukan Sepanyol itu sejak musim panas, yang mana tindakan tersebut dibuat bagi mencari dan memberi masa bermain yang tetap kepada pemain itu, selepas dia gagal mendapatkan tempat di Stadium Emirates.

Namun perkara tersebut terbukti masih belum berlaku (menikmati permainan secara tetap), walaupun dia telah membuat 12 penampilan dalam La Liga 2 musim ini.

Pemain sayap berusia 19 tahun itu hanya mencatatkan 25% minit permainan daripada jumlah penampilan yang dilakukannya itu, setakat ini bersama Oviedo.

Flores hanya beraksi secara keseluruhan 512 minit daripada 12 penampilan, yang sepatutnya memberikan 1,350 minit (sekirannya beraksi penuh 90 minit setiap perlawanan).

Statistik Flores bersama Real Oviedo musim ini, setakat ini.

Itu adalah situasi yang kurang ideal untuk pemain muda Arsenal itu, yang pastinya ingin membuktikan dirinya sebagai pemain tetap di Sepanyol musim ini, selain meneruskan usaha perkembangannya.

Jelas sekali ia adalah perkembangan yang agak merisaukan buat pemain muda yang pernah dinilai tinggi, di mana dia telah membuat tiga penampilan bersama skuad utama Mexico (pasukan senior).

Arsenal perlu menilai situasi Flores, yang disifatkan sebagai salah seorang bakat muda terbaik dunia.

Ini bermakna soalan perlu ditanya oleh Arsenal bulan ini, dengan pilihan untuk membawa pemain berusia 19 tahun itu kembali (pulang ke Emirates) dan berpotensi menghantarnya ke tempat lain (kelab) yang dapat memberi jaminan mengenai masa bermain.

Itu adalah keputusan yang perlu dibuat The Gunners, dengan Suarez mengakui mereka sedang menganalisis situasi dengan Flores sebelum akhir bulan ini.

"Ada pemain yang telah memberitahu kami tentang situasi mereka dan kami telah menjelaskan perasaan kami," COPE melaporkan beliau berkata.

"Marcelo Flores? 

"Pengurus gembira dengannya, tetapi Arsenal juga perlu menilai sama ada situasi yang dihadapinya baik untuknya dan untuk kelab. 

"Sebaik sahaja ia selesai, kita akan lihat apa yang berlaku dengannya."

Tidak kira sama ada Flores akan berkembang atau bergelut di Oviedo, Arteta menegaskan pada awal musim bahawa tempoh pinjaman akan memberi manfaat untuk perkembangan jangka panjang pemain tersebut.

"Ia adalah peluang yang sangat baik untuknya. Walau apa pun minit dia bermain, pengalaman itu akan menjadi sangat berguna untuk perkembangannya" jelas Arteta.

"Apabila anda dipinjamkan, anda perlu melalui masa yang baik dan yang tidak begitu baik. 

"Apa yang anda perlu lakukan ialah menyesuaikan diri dan mendapatkan tempat anda.

"kebanyakan ia tidak mudah atau semudah yang disangka. 

"Saya fikir ia satu langkah penting untuknya."

Semoga Arsenal dan Flores mampu mencari penyelesaian terbaik berhubung situasi ini.

Amat sayang jika pemain muda yang mempunyai bakat besar ini gagal menjadi seorang pemain yang diharapkan, yang dijangkan akan bersinar satu hari nanti.

Flores sememangnya tidak asing lagi dikalangan peminat dan penyokong Arsenal, dimana dia berjaya membarisi skuad ataupun pasukan utama Arsenal.

Dia telah menandatangani kontrak profesional pertamanya pada Oktober 2020 bersama The Gunners.

Dan tidak lama selepas itu, dia dimasukkan ke dalam "Generasi Seterusnya 2020" The Guardian, senarai yang menonjolkan pemain muda terbaik di dunia.

Flores dipanggil ke pasukan utama Arsenal buat kali pertama pada 4 April 2022, berada di bangku simpanan untuk perlawanan The Gunners menentang Crystal Palace.

Pun begitu, dia gagal membuat penampilan pada perlawanan itu dan kekal sebagai pemain gantian yang tidak digunakan.

Namun pada 20 Julai 2022, Flores akhirnya menyertai kelab Division 2 Sepanyol, Real Oviedo secara pinjaman selama semusim, dalam usahanya mencari minit permainan yang diperlukan.

Pada 15 Ogos 2022, Flores akhirnya membuat penampilan sulung profesionalnya dalam perlawanan liga menentang FC Andorra, yang berkesudahan Oviedo tewas 1-0 dan dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-55.

Post a Comment

Previous Post Next Post