Newcastle dan Man United, ancaman terbesar Arsenal.

Stephen Warnock berkata Newcastle United dan Manchester United boleh menjadi pencabar terbesar kepada Arsenal dalam perebutan kejuaraan liga musim ini.

Newcastle meneruskan rekod tanpa kalah mereka untuk menjadikan 14 perlawanan dan berada di tangga ketiga liga setelah mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham di St James' Park, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Arsenal menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur dalam derbi Utara London untuk mengukuhkan kedudukan mereka di puncak liga dengan kelebihan lapan mata.

Manchester City pula kekal di tangga kedua walaupun tewas 2-1 dalam aksi derbi setempat menentang Manchester United di Old Trafford. 

Itulah yang berlaku untuk aksi hujung minggu lalu dan untuk aksi seterusnya, The Red Devils akan menentang Arsenal di Stadium Emirates pada hujung minggu ini (awal pagi Isnin, waktu Malaysia).

Pun begitu, sebelum menentang The Gunners, skuad kendalian Erik ten Hag terlebih dahulu akan bermain menentang Crystal Palace untuk aksi pertengahan minggu dan Warnock mengakui dia terkejut dengan pencabar kejuaraan musim ini.

"Pencabar pada masa ini bukanlah seperti yang kami sangkakan." kata Warnock kepada The Football Show di Sky Sports News.

"Kami fikir ia akan menjadi Liverpool, kami fikir ia akan menjadi Manchester City. 

"Kedua-dua pasukan itu goyah pada masa ini.

"Tetapi apabila anda melihat siapa di belakang mereka [Arsenal]... Newcastle, jika mereka berbelanja sedikit pada Januari dan menguatkan pasukan mereka, bagaimana ia akan membantu mereka?

"Anda juga melihat Manchester United, siapa yang akan mereka lawan pada hujung minggu ini. 

"Jika mereka boleh merapatkan jurang itu dan boleh mencuri mata daripada perlawanan itu. 

"Ia adalah bulan yang besar untuk mereka, beberapa bulan yang besar untuk akan datang.

"Tetapi mentaliti itu ada, mentaliti untuk terus kuat, untuk terus percaya bahawa mereka boleh mendapatkan sesuatu atau mereka boleh memenangi gelaran ini. 

"Mereka tidak menunjukkan perasaan itu [pencabar kejuaraan], tetapi di bilik persalinan. mereka mempercayainya.

"Pemain gembira selepas perlawanan, 'kami berada di puncak liga'. 

"Begitu juga dengan peminat. 

"Ia tidak terbawa-bawa, itu yakin, itu percaya pada diri mereka sendiri. 

"Tetapi ia adalah pasukan yang sangat mengujakan."

Kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris.



Post a Comment

Previous Post Next Post