Arsenal telah menolak tawaran €8 juta daripada Monaco untuk menandatangani pemain tengah, Albert Sambi Lokonga bulan ini.
Itu menurut Foot Mercato, yang mengatakan Arsenal tidak berminat untuk menjual pemain tengah bertahan berusia 23 tahun itu.
Laporan itu menjelaskan bahawa Monaco meneruskan usaha mereka untuk membina semula skuad Philippe Clement bulan ini, terutamanya selepas mereka kehilangan Benoit Badiashile yang menyertai Chelsea dalam perpindahan berjumlah £32.7 juta, 5 Januari lalu.
Mereka kini memberi tumpuan kepada pembelian ataupun kemasukkan baharu dan telah cuba untuk menguatkan pasukan dengan menandatangani Lokonga.
Sehubungan itu, mereka telah membuat tawaran sebanyak €8 juta kepada The Gunners.
Bagaimanapun, ianya ditolak oleh Arsenal, yang nampaknya tidak bersedia untuk menjual pemain tengah Belgium itu walaupun pada hakikatnya dia hanya membuat enam penampilan dalam Liga Perdana musim ini.
Itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan musim lalu apabila dia berjaya membuat 19 penampilan liga, namun persembahan hebat Thomas Partey dan kebangkitan berterusan Granit Xhaka telah mengehadkannya kepada hanya dua permulaan dalam liga setakat ini.
Rekod penampilan Lokonga musim lalu dan setakat ini (musim ini).
Penampilan | 2021/22 | 2022/23 | Jumlah |
---|---|---|---|
Liga Perdana | 19 | 6 | 15 |
Piala FA | 1 | 2 | 3 |
Piala EFL | 4 | 1 | 5 |
Europa | - | 6 | 6 |
JUMLAH | 24 | 15 | 29 |
Monaco nampaknya cuba mengambil kesempatan daripada itu dan menawarkan peluang kepada Arsenal untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada wang yang telah dilaburkan The Gunners ketika menandatangani Lokonga daripada Anderlecht.
Tetapi nampaknya, mereka yang bertanggungjawab di Emirates jelas tidak berminat terhadap perkara itu.
Sama ada pasukan Ligue 1 itu akan kembali dengan tawaran lain sebelum tamat jendela Januari masih belum diketahui.
Monaco berminat dapatkan Lokonga. |
Albert Sambi Lokonga, ketika ini menerima kecaman ekoran persembahan longlai yang dipamerkannya ketika Arsenal tewas 1-0 kepada Manchester City dalam saingan Piala FA Jumaat lalu.
Walaupun Mikel Arteta berbangga dengan prestasi pemainnya ketika menentang pasukan The Citizens, tetapi ada ketikanya di dalam permainan, beliau kelihatan berang terhadap Lokonga.
Pengurus The Gunners itu melakukan beberapa perubahan ketika menentang pasukan Pep Guardiola dengan menyenaraikan barisan pemain seperti Matt Turner, Takehiro Tomiyasu, Rob Holding, Kieran Tierney, Fabio Vieira dan Leandro Trossad.
Pun begitu, ia tidak memberikan perbezaan ketara dalam prestasi pasukan (tidak merosot) di mana The Gunners benar-benar bagus dalam separuh masa pertama perlawanan.
Bagaimanapun, City adalah pasukan yang lebih baik pada separuh masa kedua selepas Thomas Partey digantikan oleh Lokonga.
Apabila Albert Sambi Lokonga menggantikan Thomas Partey dalam beberapa perlawanan pertama musim lalu, semua orang merasakan dia mempunyai potensi untuk menjadi pemain tengah berkualiti tinggi di Arsenal.
Lokonga mempunyai kelebihan dalam penguasaan dan juga kawalan bola. |
Dia bagus dalam penguasaan bola, mempunyai rangkaian hantaran yang sangat baik dan juga memiliki keupayaan luar biasa untuk memacu ke kawasan sepertiga lawan dengan bola.
Bagaimanapun, masih terdapat aspek permainannya yang dia benar-benar bergelut.
Kedudukan (positioning) adalah satu perkara yang perlu diperbaikinya di mana pada perlawanan menentang City, kita dapat menyaksikan Martin Odegaard begitu berang apabila dia terkeluar dari kedudukan yang sepatutnya.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian untuk dia memperbaikinya adalah dalam membuat keputusan.
Lokonga sebenarnya boleh dengan mudah menghantar bola dari satu sudut padang ke sudut lain, tetapi ada kalanya dia jelas teragak-agak dalam memutuskan untuk melakukan hantaran, dengan memilih untuk hantaran lebih selamat.
Itu berlaku pada satu ketika pada separuh masa kedua pada pertemuan menentang City.
Kapten The Gunners jelas berang terhadap Lokonga yang tidak berada dalam kedudukannya. |
Pemain Belgium itu boleh menghantar bola kepada Bukayo Saka dan membantu Arsenal menyerang, tetapi dia memilih untuk kembali ke Tomiyasu sebaliknya.
Itu menimbulkan kemarahan Mikel Arteta sebagaimana laporan Football London yang mengatakan pengurus The Gunners itu jelas 'marah' terhadap tindakan dan keputusan yang dilakukan Lokonga, dan kita semua boleh memahami kekecewaan Arteta itu.
That though had always been offset by his quality on the ball, but now even that appears to be sliding away. Each time he received possession Lokonga never looked to quite have the ball fully under control. Where once there was a confident progressive passer, now the 23-year-old is now content far too often to go backwards and sideways. This was much to the frustration of his manager who at one point snapped on the touchline as Lokonga opted to turn back towards Takehiro Tomiyasu when the option to release Bukayo Saka was on. The Belgian looks a player shot of confidence, and while that may come back with more playing time, Arsenal aren't in a position to hang around with the Premier League title at stake. -- Footbal London.
Walaupun terdapat bahagian permainan Lokonga yang boleh menjengkelkan untuk ditonton, tetapi terdapat banyak perkara yang disukai mengenai dia juga dan itu tidak dapat dinafikan lagi.
Pemain Belgium itu masih muda - berusia 23 tahun, dia hampir tidak bermain dalam pertandingan domestik musim ini dan mungkin juga dia tidak menjangkakan untuk beraksi pada pertemuan itu (menentang City).
Bagaimanapun itu tidak boleh dijadikan alasan di peringkat ini, lebih-lebih lagi dia telah lama bersama Arsenal dan bukannya baharu dibawa masuk.
Arteta dilaporkan kecewa terhadap persembahan Lokonga. |
Lokonga perlu meningkatkan kemampuan dan prestasinya jika dia mahu menjadi bintang di Arsenal, dan mungkin perjanjian pinjaman boleh membantunya dalam membentuk serta mencapai potensi sebenarnya.
Monaco dilaporkan berminat, tetapi kita dapat melihat bahawa Arsenal tidak akan melepaskannya, melainkan mereka berjaya menandatangani pemain tengah baharu sebelum jendela ditutup pada hari Selasa.