Edu difahamkan bersedia untuk menangguhkan percubaan Arsenal untuk menandatangani Bamba sehingga Jun depan.
Minggu ini, laporan daripada media Portugal kembali bercakap mengenai usaha Arsenal untuk mendapatkan Ibrahima Bamba.
Didakwa The Gunners berada 'di barisan hadapan' untuk menandatangani pemain pertahanan serba boleh Vitoria Guimaraes, yang mana dia juga mampu bermain di hadapan pertahanan.
Mereka mendakwa bahawa Edu cuba menyelesaikan perpindahan itu bulan ini juga (jendela Januari).
Dengan cerita yang mengatakan ejennya telah berada di London, wakil itu juga bercakap kepada akhbar mendakwa ketibaanya di England tiada kaitan dengan Arsenal.
Ternyata khabar angin ini telah diulas oleh media Itali, di mana Sport Italia tampil dengan lebih banyak berita mengenai usaha itu.
Ia mula-mula mendakwa bahawa Bamba juga telah menarik minat beberapa kelab daripada Serie A, dengan Napoli, Bologna dan Atlanta semuanya memerhatikannya.
Dan apabila bercakap tentang Arsenal, Sport Italia tampil mengatakan bahawa The Gunners sebenarnya tidak berminat untuk menandatangani pemain itu pada bulan Januari.
Dikatakan bahawa pasukan Utara London itu 'tidak akan bertindak' untuk pemain itu bulan ini, kerana mereka 'mensasarkan' dia pada jendela musim panas depan, perpindahan Jun nanti.
Itu mungkin memberi peluang kepada pesaing lain, melainkan Edu Gaspar meyakinkan Vitoria untuk memegang pemain itu untuk tawaran yang lebih baik pada musim panas.
Ibrahima Bamba (20 tahun) pemain serba boleh yang mampu beraksi pada pertahanan tengah, tengah bertahan dan sebagai pemain tengah, |
Dua hari lalu, Jornal de Noticias melaporkan bahawa Arsenal 'di barisan hadapan' untuk menandatangani pemain pertahanan dengan peluang 'perpindahan segera' bulan ini.
Ia mendakwa bahawa walaupun pemain itu menarik minat beberapa kelab Eropah, namun Arsenal telah berjaya 'menjamin' untuk perpindahannya.
Menurut laporan itu lagi, peluang ‘perpindahan segera’ mendapat kekuatan kerana kehadiran wakil dari FMA Sports di London.
Akhbar itu menyatakan Bamba mempunyai klausa pelepasan bernilai €30 juta, dalam kontraknya sehingga 2026.
Tetapi laporan itu tidak menyatakan berapa banyak yang diperlukan untuk menandatanganinya dari Vitoria Guimaraes.
Pemain muda itu adalah ahli penting untuk kelabnya, mempunyai 23 penampilan untuk mereka musim ini dan menjadi penyelesaian yang serba boleh.
Itu kerana dia pernah bermain sebagai pertahanan tengah dan sebagai pemain tengah bertahan.
Memandangkan itu bukan pelaburan yang besar untuk Arsenal, adalah menarik untuk melihat The Gunners mempertaruhkan pembelian seperti itu.