Insiden di Stadium Tottenham dikecam.

PFA menyelar insiden yang tidak boleh diterima sama sekali apabila penyokong Tottenham menyerang penjaga gol Arsenal.

Penjaga gol The Gunners, Aaron Ramsdale disepak oleh peminat Tottenham susulan kemenangan 2-0 Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

BACA: Aaron Ramsdale disepak oleh peminat Tottenham selepas Derbi Utara London.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) berkata “keganasan terhadap pemain sama sekali tidak boleh diterima” selepas seorang penyokong kelihatan menyerang dan menyepak penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale berikutan kemenangan derbi mereka ke atas Tottenham.

Berikutan kemenangan 2-0 The Gunners di Stadium Tottenham Hotspur, seorang penonton memanjat tempat penonton dan menyasarkan sepakan ke arah pemain antarabangsa England itu.

PFA telah menyatakan masalah sedemikian adalah “isu keutamaan” sebagai tindak balas dan menyeru pemain dilindungi.

“Keganasan terhadap pemain sama sekali tidak boleh diterima. Insiden seperti ini berlaku terlalu kerap,” kata satu kenyataan.

“Pemain mempunyai hak untuk [berada] selamat di tempat kerja mereka.

“Apabila pemain diserang, kami mengharapkan undang-undang dan peraturan yang ada untuk melindungi mereka dikuatkuasakan dengan betul.

“Sebagai kesatuan pemain, kami menganggap ini sebagai isu keutamaan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menuntut pemain dan kakitangan dilindungi dengan lebih baik di tempat kerja mereka.”

@mygooners

Insiden Ramsdale disepak penyokong Spurs

♬ original sound - MyGooners

Post a Comment

Previous Post Next Post