Tottenham keluarkan kenyataan.

Tottenham mengeluarkan kenyataan selepas penyokong menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale selepas perlawanan.

Tottenham Hotspur telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka akan memastikan 'tindakan yang mungkin' akan diambil selepas seorang penyokong menendang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale selepas perlawanan derbi Utara London.

Arsenal menang selesa 2-0 di Stadium Tottenham Hotspur pada hari Ahad hasil jaringan separuh masa pertama Martin Odegaard dan gol sendiri yang memalukan dari Hugo Lloris.

Selepas wisel penamat, keadaan berubah menjadi agak tidak menyenangkan apabila pemain gantian Richarlison berhadapan dengan Ramsdale semasa penjaga gol itu mencium lencana Arsenal. 

Ramsdale ketika cuba mendapatkan botol air dan tualanya telah diserang dari belakang gawang oleh seorang penyokong yang telah melompat melangkau papan iklan dan menendang penjaga gol nombor satu The Gunners itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi kelab berkenaan insiden itu, Tottenham menulis:

"Kami terkejut dengan kelakuan penyokong yang cuba menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pada penghujung perlawanan hari ini.

"Keganasan dalam apa jua bentuk tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.

"Kelab itu telah menyemak rakaman CCTV untuk mengenal pasti penyokong dan akan bekerjasama dengan Polis Met, Arsenal dan Aaron Ramsdale untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya, termasuk larangan serta-merta dari Stadium Tottenham Hotspur."

Detik sejurus seorang penyokong Spurs menyepak Ramsdale.

Suspek.


Post a Comment

Previous Post Next Post