Gary Neville pilih Mikel Arteta untuk 'dihentam'.

Mikel Arteta dilayangkan kad kuning pada pertembungan penting Arsenal menentang Manchester United ekoran tindakannya di tepi padang.

Gary Neville telah menyelar Mikel Arteta kerana kelakuannya yang keterlaluan di garisan tepi semasa pertembungan penting Arsenal dengan Manchester United, dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Arteta dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Anthony Taylor pada separuh masa pertama perlawanan selepas membantah kekasaran yang dilakukan oleh Luke Shaw ke atas Bukayo Saka

Pemain sayap Arsenal itu ditolak ke tanah oleh Shaw semasa perlawanan untuk mendapatkan bola di garisan, yang berlaku betul-betul di hadapan kawasan teknikal The Gunners.

Arteta dilihat melambai-lambaikan tangannya sebelum berlari ke garisan tepi untuk menyatakan bantahannya kepada pegawai keempat. 

Arsenal bagaimanapun diberikan sepakan percuma untuk kekasaran Shaw itu, tetapi Arteta masih kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan pemain lawan itu terhadap anak buahnya.

Taylor segera datang ke garisan tepi untuk memberikan kad kuning kepada Arteta. 

Keputusan itu disusuli perdebatan berminggu-minggu mengenai tingkah laku Arteta yang terlalu bersemangat di tepi padang, seolah-olah menjadi 'batu api' untuk mengubah situasi (keputusan pengadil).

Perkara ini telah pun diulas bulan lalu dalam tulisan kami pada 9 Januari 2023.

BACA: Mikel Arteta tidak berhasrat untuk berubah.

Sudah tentu perkara ini tidak terlepas daripada pakar bolasepak yang sentiasa mengikuti perkembangan Arsenal dan Mikel Arteta.

Gary Neville, nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat dan penyokong Arsenal setelah dia sentiasa mengkritik setiap perkara mengenai The Gunners.

Ada sahaja yang tidak kena dimatanya.

Neville yang bertindak sebagai pengulas bersama untuk Sky Sports telah memberikan pandangannya mengenai tindakan Arteta dan perdebatan yang lebih meluas mengenai pengurus The Gunners itu.

"Saya rasa keputusan itu adalah tepat, Anthony Taylor," kata Neville dipetik dari laman Football London

"Dia [Arteta] telah dipilih [diberi perhatian khusus] sejak beberapa minggu lalu, tetapi saya perlu katakan ia hanyalah kesalahan biasa, tiada apa-apa mengenainya.

"Shaw hanya cuba untuk merampas bola dan berada di hadapannya [Mikel Arteta].

"Saka melakukannya dengan baik, tetapi dia menyerang kembali di garisan tepi seperti orang gila, Mikel Arteta, lihat saja dia. 

"Tiada apa-apa mengenainya, ia adalah kesalahan, teruskan permainan. 

"Dia [Arteta] membuat seolah-olah dia [Shaw] menggunakan kedua-dua kakinya."

Neville turut menambah: "Saya berada di sini beberapa minggu yang lalu untuk perlawanan Newcastle dan dia sentiasa begitu sepanjang perlawanan, Mikel Arteta, yang boleh diterima tetapi kadang-kala ia adalah tidak perlu [bertindak sedemikian].

"Dia didakwa keran berada kira-kira 15 ela di bawah garisan tepi dan itulah sebabnya dia dilayangkan kad kuning."

Richard Keys tidak kagum dengan Mikel Arteta.

Kebencian Neville terhadap Arsenal dan Mikel Arteta tidak berseorangan apabila penyampai beINSPORTS, Richard Keys turut sama menyerang Arteta.

Keys sebelum ini begitu lantang bersuara dengan mengetengahkan salah laku Arteta sebagai usaha peribadinya dan dia dengan pantas memuji Taylor kerana melayangkan kad kuning kepada Arteta, pada pertemuan Arsenal dengan Manchester United malam tadi.

Ciapan Keys berbunyi: "Syabas Antony Taylor. Agak betul. Mungkin kita sedang membuat kemajuan sekarang. Sama sekali tidak memerlukannya."

Sebelum ini, ketika pertemuan menentang Newcastle, Mikel Arteta telah dikritik oleh beberapa pakar namun beliau mempertahankan tindakannya (kelakuannya) yang tidak disenangi itu.

Arsenal pada pertemuan itu turut didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) kerana gagal mengawal pemain mereka selepas beberapa pemain The Gunners mengepung pengadil perlawanan, Andrew Madley berikutan kekasaran pihak lawan.

Alan Shearer menyifatkan kelakuan Arteta di luar padang sebagai "tidak menghormati", manakala Chris Sutton, menulis untuk Daily Mail, berkata warga Sepanyol itu berkelakuan seperti "badut".

"Saya bukan sebahagian daripada perdebatan itu," kata Arteta. 

"Sudah tentu, mereka boleh sahaja memberikan pendapat mereka.

"Saya cuba melakukan yang terbaik untuk kelab bolasepak ini, untuk mempertahankannya, untuk mempromosikannya dan bermain dengan semangat yang perlu dimainkan dalam permainan ini.

Adakah anda juga bersetuju dengan pendapat Neville dan beberapa pakar bolasepak lain?

Bagi penulis, ia adalah perkara biasa kerana sebelum ini kita juga melihat pengurus tersohor terutamanya dari Manchester United bertindak sedemikian.

Mungkin Neville terlupa akan perkara itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post