"Ini adalah penanda aras" - Ketua Shakhtar Donetsk membayangkan Man United harus dipersalahkan atas perjuangan Arsenal untuk Mykhailo Mudryk.
Tahun ini, kita telah melihat banyak laporan dan drama tentang usaha Arsenal untuk mendapatkan bintang Shakhtar Donetsk, Mykhailo Mudryk.
Pelbagai halangan diceritakan walaupun pemain itu sendiri mengakui berminat untuk berpindah ke Stadium Emirates.
Namun, dalam kesemua kisah tersebut, nampaknya mereka yang harus dipersalahkan dalam pergelutan The Gunners untuk melengkapkan perpindahan ini adalah Manchester United.
Salah satu laporan terbaru datang dari media Itali, di mana TuttoMercatoWeb menyebut bahawa The Gunners telah melakukan tawaran €40 juta untuk pembeliannya.
Itu termasuklah tambahan bonus sebanyak €20 juta, menjadikan jumlah keseluruhan €60 juta.
Tetapi ia masih gagal memenuhi permintaan €70 juta yang dibuat oleh pihak Ukraine.
Perbezaan besar dalam nilai ataupun harga pemain sentiasa menjadi isu untuk Arsenal dalam menandatangani Mudryk dari Shakhtar Donetsk dan nampaknya rundingan tersebut akan terus menjadi sukar.
Kelab Itali lain juga berminat untuk mendapatkan pemain sayap itu dan itulah sebabnya CalcioNapoli24 semalam telah memaparkan beberapa petikan daripada pengarah Shakhtar, Carlo Nicolini mengenai penjualan ini, selepas dia ditanya sama ada Napoli telah tampil untuk mendapatkan pemain antarabangsa Ukraine itu.
Ketua kelab itu memberi contoh di mana bayaran yang dibayar oleh Manchester United untuk menandatangani Antony dari Ajax sebagai penanda aras untuk perpindahan masa depan, menjelaskan bahawa pasukan Ukraine itu tidak akan berundur daripada pendirian mereka.
"Memandangkan kami tidak memerlukan perpindahan (penjualan), kami memberitahu pada masa yang tepat bahawa kami menilai pemain itu lebih kuat daripada beberapa profil lain, seperti Antony.
"Ini adalah penanda aras.
"Masalahnya ialah kelab Itali tidak memanfaatkan peluang, seperti Milan dengan Enzo Fernandez, yang kini bernilai lebih 100 juta.
"Apabila anda tiba tepat pada masanya mengenai pemain, anda perlu menggunakannya dengan bijak, jika tidak, harga akan berubah." jelas Nicolini, memberitahu CalcioNapoli24.
Jadi, sekiranya Arsenal terus mahukan pemain sayap berusia 21 tahun itu, maka mereka perlu meningkatkan lagi tawaran dan jika mereka tidak berpuas hati dengan itu, mereka boleh menyalahkan Manchester United atas urusan pembelian musim panas mereka dengan Ajax.
Kerana nilai tersebut telah menjadi penanda aras yang digunakan oleh kelab Ukraine tersebut.