Minat Arsenal terhadap pemain muda Perancis semakin meningkat.

Perpindahan musim panas dilihat satu kemungkinan besar untuk berlaku.

Minat Arsenal terhadap pemain muda Montpellier, Elye Wahi sekali lagi diketengahkan oleh media Perancis.

Kali ini Foot Mercato mendakwa The Gunners telah belajar tentang fenomena dari Ligue 1.

Dikatakan Arsenal telah memantau pemain itu selama beberapa bulan dan berikutan persembahannya baru-baru ini untuk Montpellier, minat untuk mendapatkan Wahi dilaporkan semakin meningkat dari kem Utara London.

The Gunners, bagaimanapun dikatakan tidak tergesa-gesa untuk menandatangani pemain berusia 20 tahun itu. 

Foot Mercato mendakwa Arsenal tidak mempunyai rancangan untuk 'menyerang' atau mendesak pembelian berlaku dengan segera dan terdapat dua sebab untuk itu. 

Pertama, kerana Montpellier 'bukanlah penjual' dan sebarang urusan perpindahan serta untuk melengkapkan perjanjian tidak akan berjalan dengan mudah. 

Kemudian, terdapat fakta bahawa skuad Arsenal kini sudah memiliki barisan serangan yang baik dengan penyerang yang hebat.

Itulah sebabnya perpindahan penyerang yang memiliki kontrak sehingga Jun 2025 dari kelab Perancis itu kekal 'tidak mungkin' pada pertengahan musim.

Tetapi ia dilihat satu kemungkinan yang besar pada musim panas. 

Difahamkan, nilai perpindahan Elye Wahi berada pada sekitar €30 juta atau lebih sedikit dari itu, walaupun nilai pasaran semasanya adalah pada sekitar €18 juta.

Foot Mercato menyebut bahawa minat Arsenal terhadap pemain muda itu bukanlah perkara baru dan ianya pernah dilaporkan pada Februari 2021, dimana media Perancis telah mendakwa dia mendapat perhatian daripada pihak London.

Dengan Wahi kini mempunyai tujuh gol untuk Montpellier musim ini, dia nampaknya telah membuktikan potensinya, menjadikan The Gunners lebih yakin tentang kualitinya.

Bagaimanpun, pemain Arsenal yang dipinjamkan ke Perancis, Folarin Balogun juga menarik perhatian ramai dengan persembahan menarik bersama Reims.

Post a Comment

Previous Post Next Post