Mykhaylo Mudryk dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal bulan ini dan sudah pun mengadakan perbincangan dengan Mikel Arteta.
Keperluan Arsenal untuk mengukuhkan skuad Mikel Arteta dalam pasaran musim sejuk telah menyaksikan mereka mengenal pasti pemain Shakhtar Donetsk, Mykhaylo Mudryk sebagai salah satu sasaran utama perpindahan kali ini.
Minat serta keinginan The Gunners yang mahukan pemain sayap itu telah pun disahkan oleh juara Ukraine bulan lalu, yang juga menegaskan bahawa bintang mereka bernilai €100 juta.
Pada 30 Disember, Sportanalytic pual menyatakan Arsenal masih tidak faham mengapa Shakhtar Donetsk menuntut bayaran yang tinggi untuk Mudryk, yang hanya membuat beberapa penampilan untuk Ukraine dan belum lagi bermain dalam lima liga terbaik di Eropah.
Laporan terbaru dari laman web yang sama menjelaskan pemain berusia 21 tahun itu semakin hampir untuk mengesahkan perpindahan ke Stadium Emirates.
Menurut Sportanalytic, pemain antarabangsa Ukraine itu sudah pun mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta.
Perbincangan tersebut adalah mengenai peranan yang akan dimainkannya di Emirates, jika Arsenal berjaya mendapatkan tandatangannya.
The Gunners terlebih dahulu melihat tawaran awal sebanyak €40 juta ditolak oleh Shakhtar Donetsk dan laporan baru-baru ini menunjukkan mereka telah melakukan bidaan yang lebih baik serta ianya sekali lagi ditegaskan dalam laporan tersebut.
Kini segalanya hanya menunggu masa direalisasikan.