Perpindahan pemain muda Sepanyol.

Perpindahan pemain pertahanan Real Valladolid, Ivan Fresneda masih belum mempunyai sebarang jawapan.

Setakat ini, masih tiada sebarang keputusan dibuat mengenai perpindahan pemain pertahanan muda Real Valladolid, Ivan Fresneda.

Arsenal mempunyai masa '24 hingga 48 jam' untuk membuat keputusan penting berhubung pembelian pemain berusia 18 tahun itu.

Arsenal dan Borussia Dortmund, kedua-duanya telah bersetuju dengan Valladolid mengenai bayaran €15 juta (£13.1juta), yang diminta kelab Sepanyol itu.

The Gunners dan BVB juga dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan syarat-syarat peribadi bersama pemain tersebut.

Valladolid mahu Fresneda kekal di sana secara pinjaman dengan Arsenal sedia berbuat demikian manakala BVB dilaporkan masih dalam perbincangan mengenai perkara itu.

Kini, keputusan itu bergantung kepada Fresneda dengan Marca mendakwa bek sayap itu cenderung ke arah perpindahan ke Jerman.

Kenapa Arsenal perlukan bek kanan baharu? |

Difahamkan Mikel Arteta sedang mencari pemain sandaran pada posisi bek kanan setelah Cedric Soares dijangka menyertai Fulham sebelum jendela perpindahan Januari ini ditutup.

Takehiro Tomiyasu adalah pilihan utama Arteta dalam peranan itu tetapi setelah bergelut dengan kecederaan musim ini, Ben White kerap digunakan pada posisi tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post