Jumlah peratusan dirahsiakan dalam perjanjian perpindahan.

Spezia mengesahkan The Gunners memasukkan klausa penjualan semula pada masa depan dalam perjanjian perpindahan Kiwior ke Stadium Emirates, peratusan dirahsiakan.

Telah diumumkan awal pagi Selasa, di mana Arsenal telah melengkapkan pembelian dan menandatangani Jakub Kiwior untuk tempoh yang panjang (empat setengah tahun dengan pilihan penyambungan setahun).

The Gunners berjaya mengatasi beberapa pihak lain yang cuba untuk menandatangani Kiwior dalam perjanjian yang dipercayai bernilai sekitar £17.5 juta, berserta bayaran bonus sebagai tambahan.

Jumlah tersebut pastinya membuatkan pihak Itali itu berasa senang hati, dengan jumlah tersebut boleh meningkat kepada £21 juta, jumlah yang akan mengisi akaun bank Spezia (bayaran awal sebanyak £17.5 juta + bayaran tambahan).

Bagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya wang yang akan diperolehi oleh pihak Little Eagles hasil daripada perjanjian itu.

Ini kerana Pengarah Teknikal Spezia, Eduardo Macia juga bercakap tentang 'harta karun' yang akan diterima mereka setelah Kiwior menyertai Arsenal.

Macia mengesahkan bahawa kelab itu juga akan mendapat lebih banyak wang daripada hasil penjualan masa depan sekiranya The Gunners bertindak menjual pemain pertahanan tengah Poland itu.

Bercakap pada hari Selasa ketika beliau memperkenalkan Salvatore Esposito sebagai pemain baharu Spezia (pinjaman), Pengarah Teknikal itu turut ditanya mengenai perjanjian Kiwior dengan Arsenal, yang mana dia gembira untuk mengulasnya.

Tetapi menyimpan beberapa butiran penting untuk dirinya sendiri.

Dia berkata, disampaikan oleh TuttoMercatoWeb: "Terdapat peratusan jualan semula masa hadapan untuk Kiwior, tetapi ia adalah rahsia. 

"Saya cukup bertuah untuk bekerja lapan tahun dalam Liga Perdana Inggeris. 

"Arsenal adalah antara 10 pasukan terpenting di dunia, dari segi pengurusan.

"Arsenal boleh menjual kepada sembilan pasukan. City, Bayern…. dan dengan kemungkinan itu, kami bersedia untuk mengambil sebahagian daripadanya. 

"Kini, masa depan di tangan Jakub. 

"Kami berbangga dengan situasi ini, semua orang gembira dan bermotivasi, kerana sekarang mereka melihat daripada Spezia, anda boleh pergi ke Arsenal tanpa memerlukan langkah perantaraan."

Kita kini perlu menunggu dan melihat bagaimana prestasi Kiwior bersama Arsenal pada masa hadapan, kerana dia perlu berjuang dan bersaing dengan pemain seperti Gabriel Magalhaes dan William Saliba untuk mendapatkan tempat permulaan skuad Mikel Arteta.

Sekiranya dia berjaya memenuhi potensinya, Spezia bakal menerima bayaran tambahan (bonus) dan sekiranya Kiwior gagal menyerlah, kemungkinan ia akan memaksa The Gunners untuk menjualnya, yang mana ia turut akan menguntung kelab Itali itu - yang akan menerima peratusan rahsia hasil penjualan tersebut.

Pengarah Teknikal Spezia, Eduardo Macia.

Sebagai rekod, Pengarah Teknikal Spezia itu (Eduardo Macia) pernah bersama Liverpool sebagai Ketua Peninjau (Chief Scout) dan Leicester, juga dengan peranan yang sama.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Bolasepak Spezia pada 12 September 2022, untuk tempoh empat musim akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post