Sasaran Arsenal dan Newcastle kini tersedia di pasaran.

Kelab Itali telah meletakkan sasaran Arsenal dan Newcastle di pasaran, dengan harga ditetapkan sekitar €40 juta.

Walaupun kelab Utara London lain sering dikaitkan dengan Nicolo Zaniolo, kami juga telah melihat beberapa cerita mengenai Arsenal dan Newcastle United dikatakan berminat dengan pemain Itali itu.

Ini kerana situasi kontraknya bersama AS Roma yang akan berakhir pada 2024 telah menarik ramai pihak dan nampaknya tidak ada peluang untuk perjanjian itu diperbaharui.

Malah, keadaan berubah secara drastik pada hari Khamis, kerana Gazzetta dello Sport mendakwa pemain itu telah meminta untuk dijual atau dilepaskan secepat mungkin.

Laporan Gazzetta dello Sport pada hari Khamis.

Walaupun perkara itu mungkin mengejutkan AS Roma, namun ia juga menunjukkan bahawa segala yang berlaku di sekelilingnya dan fakta dia tidak beraksi dengan baik di atas padang, menyebabkan pihak Serie A itu terbuka kepada idea tersebut.

Pun begitu, mereka mengharapkan wang akan diterima serta-merta walaupun ia mendakwa sebagaimana tajuk laporan itu, bahawa mereka telah menetapkan harga pada €40 juta.

The Gunners and The Magpies disebut sebagai pihak yang berminat, apabila akhbar itu menjelaskan bahawa terdapat banyak pasukan Eropah berminat termasuklah kelab Inggeris yang kaya, hingga Borussia Dortmund.

Apa yang jelas, jika Arsenal atau Newcastle membuat tawaran yang betul, pemain itu boleh berpindah tidak lama lagi, sekali gus menamatkan kisah cintanya dengan kelab Giallorossi itu.

Sejarah Ringkas Nicolo Zaniolo.

Pemain tengah menyerang berusia 23 tahun ini menyertai AS Roma pada tahun 2018.

Pada Jun 2018, dilaporkan bahawa Zaniolo dan Davide Santon telah menyertai Roma sebagai sebahagian daripada perjanjian perpindahan Radja Nainggolan ke Inter.

Zaniolo melengkapkan ujian perubatannya pada 25 Jun dan menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab itu, dengan bayaran sebanyak €4.5 juta ditambah 15% hasil jualan semula.

Selain mampu beraksi sebagai pemain tengah menyerang, Zaniolo juga mampu beraksi sebagai pemain sayap kanan, pemain tengah, penyerang kedua dan penyerang tengah.

Bersama Roma, Zaniolo telah membuat 128 penampilan dengan 24 gol dan 18 bantuan diciptanya.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan
Sayap kanan 48 9 9
Tengah menyerang 39 6 2
Penyerang kedua 27 8 4
Penyerang tengah 5 1 3
Pemain tengah 2 - -
Sayap kiri 1 - -
JUMLAH 122 24 18

Nota: enam lagi penampilan (berdasarkan jadual di atas) tidak dapat dipastikan pada posisi mana dia beraksi.

Post a Comment

Previous Post Next Post