Tindakan Arsenal mendapatkan penyerang Brighton and Hove Albion, Leandro Trossard telah merosakkan rancangan Marseille untuk menandatangani pemain Belgium itu.
Demikian menurut L'Equipe, yang mengatakan usaha pasukan Perancis itu telah 'disailang' oleh The Gunners dan sumber kewangan.
Trossard berada di ambang perpindahan ke Emirates bulan ini selepas Arsenal mencapai persetujuan mengenai perjanjian £27 juta untuk pemain itu bersama Brighton hari ini.
Pemain berusia 28 tahun itu difahamkan telah mendesak untuk berpindah dari Seagulls selama berbulan-bulan dan perselisihan dengan Roberto de Zerbi (Ketua Jurulatih Brighton) telah membantu merealisasikan hasratnya itu.
L'Equipe melaporkan bahawa Marseille berminat untuk menandatangani Trossard dan pemain sayap itu telah dijadikan sasaran keutamaan Ketua Pegawai Eksekutif, Pablo Longoria dan Pengarah Sukan, Javier Ribalta.
Mereka telah mengadakan perbincangan dengan pemain Brighton dan wakilnya selama beberapa minggu tetapi kemudian, Arsenal secara tiba-tiba masuk ke dalam perlumbaan dan keadaan mula berubah.
The Gunners mempunyai sumber kewangan yang Marseille tidak miliki untuk membantu mereka mendapatkan tandatangan Trossard dan pasukan Mikel Arteta kini difahamkan hampir mencapai kesepakatan.
Pemain sayap dan juga mampu beraksi sebagai pemain tengah itu tertarik dengan prospek menyertai The Gunners dan wakilnya sudah begitu hampir dengan perjanjian mengenai syarat kontraknya.
Itu menyebabkan Marseille kecewa dan tidak menaruh harapan bahawa mereka akan mendapat pemain yang mereka sasarkan sejak sekian lama.
Sementara itu, pelbagai sumber telah mengesahkan bahawa pemain Belgium itu kini telah menjadi milik The Gunners.
Arsenal have agreed a deal to sign Leandro Trossard! #BBCFootball pic.twitter.com/g8T0fCEKja
— BBC Sport (@BBCSport) January 19, 2023
🚨 Arsenal have reached an agreement with Brighton & Hove Albion to sign Leandro Trossard. Fee #AFC will be paying #BHAFC understood to be £27m. Subject to normal processes 28yo Belgium international’s move now being described as ‘done deal’ @TheAthleticFC https://t.co/MbZR8Lt8XR
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 19, 2023
EXCLUSIVE: Leandro Trossard’s agent, Josy Comhair, tells me:
— Freddie Paxton (@Freddie_Paxton) January 19, 2023
“I personally offered Leo to Arsenal. This is the most beautiful club for him and the football they’re playing suits him perfectly. The deal took 48hrs which shows how much Arsenal wanted him.” pic.twitter.com/Lw4nyXbhsM
Wartawan perpindahan tersohor, Fabrizio Romano juga telah mengatakan bahawa kedua-dua pihak telah selesai bertukar dokumen perpindahan dan urusan tersebut hanya mengambil masa 24 jam sahaja untuk diselesaikan, memandangkan pemain tersebut hanya mahu menyertai Arsenal.
Arsenal and Brighton are now exchanging contracts and documents for Leandro Trossard deal. Medical tests to be completed in the next hours, it's sealed ⚪️🔴 #AFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 20, 2023
Arsenal have completed Trossard deal in 24h as he only wanted to join Gunners.
🎥 More: https://t.co/Azwgw1fjuk pic.twitter.com/Hr9vlZBcUQ
Leandro Trossard deal details ⚪️🔴
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 19, 2023
▫️ Four year deal agreed, personal terms never an issue as he turned down two clubs for Arsenal;
▫️ Arsenal will pay £21m plus £6m add-ons to Brighton;
▫️ Deal completed in 24h after first contact on Wednesday as revealed today.
Here we go. pic.twitter.com/YyHio8sTtz
Dengan menyertai Arsenal, Leandro Trossard kini akan kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya ketika bersama Brighton, Ben White.
Arsenal are in advanced talks to sign Leandro Trossard from Brighton, per @FabrizioRomano
— B/R Football (@brfootball) January 19, 2023
Trossard in the PL this season:
▪️ 7 goals
▪️ 3 assists
▪️ 1 hat-trick at Anfield ✨
(via @OfficialBHAFC)pic.twitter.com/eQQb9o4u5I