Arsenal bakal lengkapkan 2 perpindahan minggu ini.

Pemain pertahanan dijangka menandatangani kontrak dengan Arsenal dalam perjanjian sekitar €25 juta dan pemeriksaan perubatan akan dilakukan pada hujung minggu ini.

Nampaknya Arsenal akan melengkapkan dua perpindahan minggu ini selepas urusan perpindahan untuk Leandro Trossard boleh dianggap sudah pun selesai dan The Gunners akan mengumumkan seorang lagi pemain baharu bersamanya.

Pemain itu adalah pertahanan tengah Poland, Jakub Kiwior, yang hampir pasti akan menandatangani kontrak bersama The Gunners, selepas pasukan Utara London itu telah pun mencapai persetujuan dengan Spezia.

Perkara itu didedah oleh Gianluca Di Marzio melalui ciapannya di laman Twitter, mengatakan bahawa pemain kebangsaan Poland akan menyertai Arsenal dalam perpindahan sekitar €25 juta dan ditambah bayaran bonus.

Malah, perjanjian itu pada masa ini berada pada tahap akhir dengan pemain itu dijangka meninggalkan Itali sama ada esok atau lusa (bermakna antara Sabtu dan Ahad), untuk pergi ke London bagi menjalani ujian perubatannya sebelum perpindahan dapat dilengkapkan.

Perkara ini telah disokong media Poland, yang mengatakan sebelum ini bahawa Spezia dan Arsenal sedang dalam "perbincangan yang sangat maju" mengenai perpindahan pertahanan tengah itu.

Dakwaan mereka ialah, ia akan menelan kos "lebih €20 juta" kepada The Gunners, yang sejajar dengan apa yang dilaporkan Gianluca Di Marzio.

Kelab lain, seperti Juventus, Napoli dan Milan, juga dilaporkan berminat tetapi nampaknya Arsenal adalah mereka yang telah memenangi perlumbaan itu.

Ini disokong lagi oleh wartawan Poland, Tomasz Wlordaczyk, yang juga melalui Twitter telah menyatakan perjanjian itu "hampir selesai" dan Kiwior akan menandatangani perjanjian lima setengah tahun dengan Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post