Perbincangan antara Arsenal dan Brighton mengenai perpindahan Caicedo semakin positif dengan keputusan boleh diputuskan tidak lama lagi, menurut maklumat dari Ecuador.
Walaupun kebanyakan maklumat mengenai potensi perpindahan pemain Brighton & Hove, Moises Caicedo ke Arsenal telah dilaporkan oleh media England, namun media di negara kelahiran pemain itu juga tidak mahu ketinggalan dalam membuat liputan ini.
Terdapat berita menarik dari Ecuador pada petang Isnin, yang mana ianya mungkin menggembirakan peminat dan penyokong Arsenal dalam menantikan penamat kepada drama perpindahan ini.
Agak jelas bahawa The Gunners berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bintang Seagulls itu, tetapi pasukan Roberto De Zerbi melakukan yang terbaik untuk berdiri teguh dan tidak berganjak dari pendirian mereka, walaupun pemain itu memberikan sedikit tekanan dari sudut dirinya sendiri.
Rayuan pemain itu gagal melembutkan hati Brighton untuk menerima dua tawaran yang telah dilakukan oleh Arsenal sebelum ini.
Tetapi, jika maklumat terbaru dari Tera Deportes di negara asal pemain tengah itu boleh dipercayai, semuanya menuju ke arah yang betul.
Melalui akaun Twitter mereka, media itu menyatakan bahawa terdapat 'perbincangan' antara mereka yang bertanggungjawab ke atas perpindahan di Seagulls dan pihak London hari ini, dan mereka 'maju'.
Han habido conversaciones entre la gente del Brighton y el Arsenal durante este día, las cuales se encuentran bien avanzadas, la parte del valor de compra es la más complicada pero hay acuerdos y podrían llegar a una decisión muy pronto. pic.twitter.com/V1VPaXuIzX
— TERADEPORTES (@Teradeportes) January 30, 2023
Seperti yang berlaku, dikatakan bahawa bahagian 'paling rumit' dalam menyusun perjanjian itu kekal sebagai bayaran yang perlu dibayar oleh Arsenal kepada Brighton, tetapi sudah ada beberapa 'perjanjian'.
Ini bermakna keputusan boleh dicapai 'tidak lama lagi', walaupun bila ataupun waktu sebenar itu masih belum dapat dipastikan.
Walau apa pun, sekiranya Brighton menerima tawaran Arsenal untuk pemain tengah itu, mereka berkemungkinan mahukan sebanyak mungkin masa untuk menggantikannya, jadi lebih cepat keputusan dibuat, lebih baik.