Arsenal bersedia untuk kembali ke meja rundingan dengan bidaan kali ketiga untuk mendapatkan Moises Caicedo, menurut laporan.
Brighton telah menolak tawaran kedua daripada gergasi London sebanyak £65 juta ditambah £5 juta tambahan, berita yang pertama kali didedahkan pada hari Sabtu.
Bagaimanapun Arsenal tidak berputus asa untuk mendapatkan Caicedo walaupun Brighton dengan tegas mengatakan pemain itu tidak akan dijual bulan ini.
Namun, pendahulu Liga Perdana itu kembali dengan tawaran baharu, yang difahamkan berjumlah sekitar £70 juta ditambah dengan tambahan £5 juta lagi berkaitan prestasi.
Walaupun kedua-dua tawaran itu ditolak Brighton, namun The Gunners tidak berputus asa dan mungkin kembali dengan bidaan kali ketiga setelah Seagulls dilaporkan bersedia untuk menjual sebelum tarikh akhir, malam Selasa, pada nilai £80 juta - hanya jika laporan Football Insider boleh dipercayai,
Mikel Arteta telah menjelaskan kepada pengurusan tertinggi Arsenal bahawa dia mahu membawa masuk pemain tengah baharu yang boleh serta-merta masuk ke dalam kesebelasan utamanya.
Dan perkara itu amat jelas walaupun sebelum Thomas Partey mengalami kecederaan ketika menentang Man City pada hari Jumaat lalu.
Chelsea juga telah menyatakan minat mereka terhadap Caicedo, yang merayu untuk meninggalkan Brighton melalui laman sosial Twitter pada hari Jumaat, selepas berita mengenai minat The Gunners tersebar.
My dream always to be the most decorated player in the history of Ecuador. I am proud to be able to bring in a record transfer fee for Brighton which would allow them to reinvest it and help the club continue to be successful.
— Moisés Caicedo (@MoisesCaicedo55) January 27, 2023
Pemain tengah itu dilaporkan telah diberitahu untuk 'berehat' daripada menjalani latihan dengan pengurus pasukan, Roberto Di Zerbi mengakui bahawa kelab itu bersedia untuk bergerak ke hadapan tanpa khidmatnya.
The Seagulls difahamkan boleh menerima tawaran baharu untuk pemain antarabangsa Ecuador itu hanya jika mereka berjaya mencapai perjanjian dengan RB Leipzig untuk Amadou Haidara.
Haidara, 24, telah disebut-sebut sebagai pengganti kepada Moises Caicedo dan mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya yang mula aktif pada jendela musim panas.
Caicedo hanya membuat 26 penampilan Liga Perdana tetapi telah memberi kesan yang besar kepada pasukan teratas England, serta mengagumkan semasa Piala Dunia di Qatar tahun lepas.